14 February 2011

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, tidak terkata betapa rasa bersyukurnya diri ini.. Ya Allah, terima kasih di atas limpahan rezekimu kepadaku. Harini merupakan hari pertama My Kio bekerja setelah hampir 4bulan menganggur. Di waktu 4bulan itu, tuhan saja yang tahu betapa risau dan berserabutnya diri aku memikirkan sampai bila lagilah aku harus menunggu. Walau apa pun, aku bersyukur sangat2 kerana masa depan kami semakin cerah dan rancangan kami nampaknya ada improvement sikit.

My Kio telah berjaya mendapat pekerjaan di ZTE Corporation sebagai Project Engineer. Apa yang aku faham, ZTE ni merupakan global equipment provider dan network solution dalam telecommunication industry. So tugas My Kio ialah monitor project HSBB (High Speed Broadband) untuk TM. Selama pengalaman aku di Maxis, dulu pernahlah Maxis pakai ZTE Modem (HSDPA coverage) tapi sekarang semua dah tukar kepada Huawei. Tak apalah, yang penting kami sama2 dah bekerja dan pastinya kami boleh bertukar2 pengalaman dan pengetahuan dalam telecommunication field ni.

Harini juga merupakan hari ke-9 aku bercuti. Supposedly aku start normal office hour harini tapi disuruh oleh bos untuk bercuti lagi, hehehe. Memandangkan besok Maulidur Rasul, maka hari Rabulah aku start di department baru, SQM (Service Quality Management). Rasa berdebar2 juga sebab takut lambat catch-up. Risau penyakit blur2 datang menyinggah, adooi. Sepanjang bercuti, kerja aku hanya makan, tengok tv dan tidur. Sampai rasa pening kepala sebab terlebih tidur, astaga..

Okaylah, nanti next entry boleh sambung cerita pasal persiapan perkahwinan kami. Semoga Allah sentiasa bersama kami dalam melalui ranjau2 kehidupan ini. Amin...

Tata~

No comments:

Post a Comment