06 May 2011

Bulan April & May yang SPECIAL!

Assalamualaikum wbt,

Lamanya tak update blog. Actually dalam 3minggu lepas berhasrat nak pos entry yang bertajuk "bengang". Punyalah taip panjang lebar, tapi biarlah aku simpan sahaja. Mungkin terlalu bengang waktu tu, jadinya emosi tak stabil dan jiwa kacau bilau. So biarkanlah ia berlalu pergi...

Ada apa dengan bulan April & May? Alhamdulillah, aku sangat bersyukur di atas apa yang berlaku padaku dan juga keluargaku. Alhamdulillah.. Banyak berita gembira yang kami perolehi. Terima kasih ya Allah..

Jom kita start pada 1 April. Tarikh ini merupakan hari yang amat penting buatku. Iaitu hari kelahiran My Kio. Tahun ni genaplah umurnya 25tahun. Tahun ini merupakan tahun yang ke-3 kami dapat meraikan bersama2. Syukur! Dan juga 1 April merupakan hari pernikahan sahabat baikku yang aku kenali sejak kecil lagi, iaitu Dalila Binti Zobir. Alhamdulillah, percintaan mereka selama 8tahun diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Syukur! Tahniah aku ucapkan. Aku berasa puas kerana dapat menbantu sedikit sebanyak sepanjang 3hari majlis kawanku ini. Walaupun pertolongan tak seberapa, namun sebagai kawan baik, itulah tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang kawan. Alhamdulillah kerana 1 April menjadi hari yang bersejarah dalam kamus 2011 aku..

Pada 26 April pula, keluargaku menerima berita yang amat gembira! Kakak ipar ku, iaitu isteri kepada abang sulungku selamat melahirkan anak yang ke-2. Erin dapat adik baru, yeayy! Khalish Darwish Bt Nurizal Izwan nama diberi. Syukur! Comel sangat2 dan hidungnya mancung! Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah beri maka keluargaku semakin bertambah..

Pada 1 May, keluargaku dan juga aku sekali lagi menerima berita gembira. Iaitu kehadiran My Kio sekeluarga untuk merisikku. Auwwww, malu sebenarnya. Tapi atlis masih meneruskan adat melayu, hehehe. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tarikh pertunangan dan perkahwinan sudah ditetapkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala2nya. Amin..

Pada 3 May, adalah hari kelahiranku. Alhamdulillah, usiaku sudah meningkat dan kesihatan yang baik. Wah, sudah 26 umurku. Sekejap sungguh masa berlalu.. Tapi tahun ni sedih sikit sebab mak abah wish lambat. Lupa katanya. Mungkin dah dapat cucu baru sampai sibuk sangat. Tapi tak apalah, asalkan aku tak lupa hari lahir mereka. Seperti biasa, My Kio belanja makan. Kami makan dinner buffet di Equotorial Bangi. Serius makanan di situ sedap. Terutama lasagna, memang mantop! Aku makan punya banyak sampai termengah-mengah. Alhamdulillah, terima kasih My Kio kerana sudi meraikan hari lahirku. Aku juga mendapat sebiji kek oreo cheese dari officemateku. Terima kasih kak Nurazlina Binti Baba atau Kak Lynn. Sayang Kak Lynn sangat-sangat dan aku anggap seperti kakak aku sendiri..

Walau apa pun, bulan April dan May pada tahun ini cukup-cukup bermakna. Aku harapkan majlis pertunangan dan perkahwinanku berjalan dengan sempurna. Semoga Allah sentiasa murahkah rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik buat seluruh keluargaku. Persiapan masih dalam proses dan insyaallah ada masa aku update lagi okay.

Btw, aku update blog ni sebab aku cuti MC harini. Nak tahu sebab apa? Malam tadi iron terjatuh atas kakiku. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya sehingga aku mengeluarkan airmata menahan sakit. Kuku di jari kaki kanan bertukar menjadi biru. Malam tadi tidur terasa berdenyut-denyut even sampai sekarang pun masih terasa. Jari masih bengkak dan aku perlu ke klinik sebentar lagi. Cuak nak jumpa doktor. Takut kuku kena buang.. Heheh okaylah. Doakan yang baik-baik ya.

Daaaa~


Sent from my iPhone

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment