16 May 2011

Persiapan Majlis Pertunanganku..

Assalamualaikum wbt,

Rasa-rasanya persiapan bertunang dah settle 80%. Lega sikit sebab dah tak ada pening2 nak fikir dah. Buat masa ni yang dah settle adalah:

1) Baju tunang - IN PROGRESS
Sedang ditempah di Kedai Jahit Chomel, Kampung Baru. Insyaallah siap awal bulan 7.

2) Hantaran - BOOKED
Semua barang-barang untuk hantaran (belah lelaki dan perempuan) dah beli. Gubahan hantaran juga dah booked dari Za Creation.

3) Pelamin - BOOKED
Dah booked dari Za Creation.

4) Jurumekap - BOOKED
Dah email dan end of this month nak bayar deposit. Jurumekap adalah Boy dari El Pesona Touch.

5) Photographer - BOOKED
Dah deal awal-awal lagi dengan El Azman dari Precious Moment Photographer dan deposit akan disettlekan pada hujung bulan ni.

6) Khemah Arabian - BOOKED
Dah booked dari kawan angah yang digelar "Kapten". Siap scallop, sarung kerusi dan riben.

7) Makanan - SETTLED
Mak dan abah sponsor. Menu masih dalam perancangan.

8) Souvenir - SETTLED
Mak berniat nak bagi pulut kuning & rendang daging/ayam.

9) Kek - SETTLED
Mak volunteer nak buat kek royal icing dan bestfriendku nak sponsor cupcake.

10) PA System - SETTLED
Angah yang sponsor.

So far semua berjalan lancar. Cuma ada yang nak kena beli sikit-sikit lagi contohnya paperbag untuk tetamu (isi pulut kuning & rendang), tudung & kasut yang sesuai dengan baju tunang, baju kemeja My Kio yang sesuai dengan tema, hiasan tangga rumah dan penambahan barang hantaran (kalau ada duit lebih).

Hopefully majlis pertunanganku berjalan dengan sempurna. Amin.

Daaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment