10 June 2011

Ntah, tak tahulah kenapa..

Assalamualaikum wbt,

Hm, hm, hmmm..

Lagi 35hari majlis pertunanganku bakal berlangsung. Tiba-tiba rasa macam taknak bertunang. Ada jugak rasa taknak kahwin...

Ntah, tak tahulah kenapa...

Seronok ke jadi tunangan orang ni? Kalau tak bertunang pun tak apa kan? Hissshh, aku rasa macam tak bersedia pulak. Aku tak yakin dengan hubungan kami. Aku sendiri belum cukup tabah nak hadapi segala dugaan dan rintangan sebelum kahwin, dan apatah lagi dugaan selepas kahwin. Mungkin kami sama-sama belum matang. Atau mungkin kami sama-sama belum jumpa dengan apa yang kami cari selama ini. Aku pun tak pasti benda apa yang dicari-cari tu...

Ntah, tak tahulah kenapa...

Aku nak anak, tapi taknak kahwin boleh ke? Aku suka sangat dengan budak-budak. Sampaikan anak buah aku sendiri aku manjakan seolah-olah macam anak aku sendiri.

So kena ambil anak angkat? Tapi aku nak merasa macam mana saat-saat mengandung 9bulan, rasa mual-mual, duduk dalam labor room, contraction, rasa sakit semasa bersalin, berpantang 40hari dan menyusukan anak...

Pengorbanan sebegini memang tiada tandingan..

Huh, bingunggg!

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment