13 July 2011

Dah start cuti!

Assalamualaikum wbt,

Yeayyy, harini dah start cuti! Mengalahkan orang nak kahwin pulak kan?? Kikiki. Al-maklumlah cuti ada dalam 50hari nak kena habiskan. So gunakanlah sebaik-baiknya..

Harini duduk rumah diam-diam aja. Tak kemana pun sebab tengah kering gila sementara tunggu gaji masuk. Alahai, ni baru nak bertunang. Kalau kahwin ntah macam manalah aku ni nanti. Alamatnya garu kepala ajalah fikir duit. Hisshhhhh hishhhhhhh hissssshhhhhhhhh..

Harini aktiviti pertama adalah "Projek Macaron Bersama Mak". Walaupun percubaan pertama tapi dah dikira berjayalah ni. Rupa ada, sedap pun sedap dan yang penting memang menjadi. Tahniah mak! Aku plan nak buat macaron ni sebagai hantaran untuk pihak lelaki. Memang disengajakan warna yang tereng benderang, sebab nampak meriah kan? Eeee, tak sabarnya bila dah jadi hantaran nanti!

Projek kedua adalah "Menjahit Manik Kat Baju Mak". Kesian pulak baju mak aku kosong je tak ada yang bling-bling. So aku jahitlah sikit manik kat pergelangan tangan. Biar mak happy sikit. Yang penting biar mak bakal pengantin nampak outstanding dari yang lain, hehehehe. So tadi baru siap sebelah. Besoklah sambung jahit balik..

Projek ketiga adalah "Mari Mencuci Tandas". Hahaha, ini pun aku nak cerita. Yelaah, jumaat sedara mara sampai so biarlah tetamu rasa bersih dan selesa sikit. Tandas bawah belum cuci lagi. Besoklah tu jawabnya..

Kesimpulannya, bermakna jugalah cuti aku harini. Taklah dibazirkan dengan aktiviti tidur.

Besok rasanya busy jugak. Nanti aku update. Mari tidur!

Daaaa ~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment