16 August 2011

Spekku patah..

Assalamualaikum wbt,

Sedihhhh... Sedih sangat-sangat. Spek kesayanganku patah petang semalam. Sewaktu bermain-main bersama Erin. Biasanya waktu petang lebih kurang sejam sebelum berbuka aku pasti bersama Erin di bilik. Sebelum ni lepas maghrib baru sampai rumah hingga tak ada masa nak melayan karenah Erin. So bulan puasa ni aku balik awal dan kebiasaannya dalam jam 5.45petang dah sampai. Geram sangat dengan keletah Erin tu. Bila tiap kali jumpa mesti peluk dan cium manja. So spek aku patah sewaktu dok peluk-peluk dia.

Tak apalah. Spek ni dah cukup banyak berjasa. Lebih kurang 3tahun setengah aku memakainya. Spek ni juga mengingatkan aku waktu mula-mula kenal My Kio. Mungkin dah tiba basa untuk aku menukarnya. Mungkin besok memandangkan Selangor cuti sempena Nuzul Quran.

Walauapapun, kalau boleh nak carik spek sebijik macam spek yang patah ni. Hehehe. Okaylah, nak continue buat kerja.

Daaaaa ~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment