02 October 2011

Monday blues dah datang..

Assalamualaikum wbt,

Tengah ambik mood nak gosok baju kerja sebenarnya. Bila besok hari Isnin mulalah badan ni terasa seram-seram sejuk macam nak demam. Alaaaaahaai, kalau orang yang dah bekerja terasa mengada-ngada macam ni apatah lagi budak-budak yang nak pergi sekolah heh. Mesti rasa liat gila bila hari Isnin kan. Tapi bila hari Selasa dan Rabu kira okay sikit sebab dah boleh fokus. Lepas tu Khamis dah start lemau balik dan bila Jumaat rasa semangat lain macam sebab tak sabar nak cuti on weekend. Macam tulah kitaran mingguan aku. Rasanya sama kot macam orang lain, hehe.

Pic kat atas ni saje je letak dan tak ada kena mengena pun dengan entry kali ni. Okaylah, nak gosok baju dah ni.

Daaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment