26 November 2011

Lampu bilik tidur!

Assalamualaikum wbt,

Baru balik dari pasang lampu bilik tidur.. Alhamdulillah akhirnya My Kio berjaya mempamerkan kehebatan beliau dalam bidang elektrik.. Tak sia-sia ambik engineering, kahkah..

Btw, entry kali ni sepatutnya nak pos pasal baju sanding.. Tapi baju tu masih di Kedai Jahit Chomel.. Sebab apa? Sebab nak kena kecikkan.. Alahai, semakin kurusssss...

Pejam celik pejam celik lagi seminggu je lagi majlisku bakal berlangsung.. Dah rasa seram sejuk sebenarnya.. Tapi malas nak fikir sebab banyak lagi yang belum setel.. Kisah bilik tidur pun tak habis-habis.. Ya Allah, harap-harap weekend ni settlelah semua..

Okaylah, nak kena tidur awal. Besok pagi nak ke Ikea cari almari baju. Lepas tu satu hal pulak nak pasang. Mencabar minda jugak, hahah.. Jumpa di entry seterusnya..

Daaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment