20 February 2012

Apakah ini benar? UPT = 2 line

Assalamualaikum wbt,

UPT di atas telah aku lakukan pada 8/2 iaitu setelah 3hari aku lewat period. Walaupun keputusannya ada 2 line tapi second line tu blur. Aku masih musykil dan dalam masa yang sama excited sangat. Keesokkannya pula, iaitu 9/2 (4hari lewat) aku buat sekali lagi UPT dan keputusannya hampir sama (2 line tapi still blur). Hmmm, masa tu fikir kalau ada tu ada lah.. Kalau tak ada tu nak buat macam mana kan..

So aku tunggulah lagi sampailah Ahad lepas iaitu dah 7hari lewat. Aku pergi ke Klinik Famili BTS. Konon-kononnya nak buat UPT dan scan sekali. Waktu tu aku sampai di klinik dalam jam 3.30petang. Sebelum tu masa breakfast aku makan soto ayam bersama air milo suam dan tengahari makan nasi lauk kari daging bersama sekotak air soya bean. Bila buat UPT, alangkah terkejutnya aku sebab second line tu bertambah blur! Lagi blur dari yang aku buat sediri. Doktor siap cakap ni 50-50 dan suruh aku datang lagi next week.
Ya Allah, masa tu musnah jugaklah harapan. Ingatkan dah 7hari delay period, second line tu semakin gelap tapi blur pulak. So masa balik dari klinik tu aku banyak berfikir..

Aku fikirkan yang result UPT tu mungkin kurang accurate sebab:

1) UPT dilakukan pada waktu petang (sebab seelok-eloknya dibuat pada waktu pagi)


2) Hormon HCG masih kurang (mungkin kandungan aku masih baru)


3) Brand UPT doktor tu cap ayam kot, haha


4) 2 line tu maybe disebabkan oleh hormon period (kawan pernah mengalaminya)

Wallahualam..

Harap-harap menjadilah. So keesokkannya aku ke Klinik Sentral pula. Bestfriend aku, Iskandar selalu pergi sini untuk buat check-up wife dia. Sekarang wife dia dah pregnant 4bulan. So aku gagahkan diri jugak pergi jumpa doktor. Waktu tu hubby kerja so aku ajak anak buah, Erin yang teman. Nak tak nak terpaksalah pecahkan rahsia kat anak buah. Punyalah banyak soalan sampai aku malas nak layan. Siap nak dengar kat perut aku baby tengah buat apa, haha. Aku siap tunjuk gambar baby in 4weeks macam mana rupanya. Barulah dia faham yang baby masih tak ada rupa lagi.

So bila jumpa doktor, dia nasihatkan aku agar tunggu lagi 1week sebab dia expect benda ni masih baru. Banyak jugak nasihat yang telah diberikan dan aku bertambah yakin yang aku sedang pregnant! Hopefully semua ini menjadi kenyataan bila aku jumpa doktor pada 21/2 ni. Insyaallah..

Sent from my iPhone

1 comment:

  1. kes ni sma mcm sy skrg ni.hu3...mgu dpn dktr ckp srh pegi ag scan.50-50 nk thu kbnrn

    ReplyDelete