13 February 2012

Cepatnya masa berlalu..

Assalamualaikum wbt,

Pejam celik pejam celik mata ni, kekasih awal dan akhirku a.k.a best friend forever, Dalila telah pun selamat melahirkan anak lelaki pada 7/1/2012.

Waktu dapat msg kat WhatsApp pagi tu, memang dah excited sangat. Yelah, 9bulan dok tengok perkembangan dia so of course dah tak sabar nak tengok baby keluar. Masa tu pulak aku ikut hubby outstation kat Batu Pahat, lepas je check out terus bergegas pulang ke KL.

Alhamdulillah semua selamat. Bersalin normal dan contraction tak lama. Syukur kerana Allah telah permudahkan segalanya. Dalila ni kira bertuah sangat sebab dari awal mengandung tak banyak ragam. Kalau sesetengah orang tu memang lembik masa first trimester, tapi dia rilex je. Mengidam pun tak adalah sampai benda yang pelik-pelik. Siap sampai sarat tu boleh lagi lah pergi kerja naik LRT. Memang tabik spring betullah. Tuhan tu Maha Agung..

Okaylah, entri seterusnya adalah video tentang Dalila. Sempat juga aku edit waktu kerja petang, kahkah. So check it out!

Daaaaaaaaa~


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment