10 April 2012

Alhamdulillah, byebye 1st trimester!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, I have successfully made through the journey of 1st trimester. So far tak ada morning sickness, muntah or perkara yang pelik-pelik berlaku. Insyaallah, besok genaplah 13weeks.

Cuma waktu 7weeks haritu ada light bleeding (brownish in color). Tapi lepas checked dengan Yen Specialist, alhamdulillah tak ada apa-apa. Mungkin penat atau stress (dengan kerja kat ofis kot, hehe).

Last week scan dah nampak baby ada 2 tangan dan 2 kaki. The baby is still floating and moving upside down. Nampak aktif, heartbeat pun okay which is 150 dan length dalam 4.3cm.

Next check-up tak tahu lagi nak ke mana. Mungkin nak register buku merah kat hospital kerajaan dulu. Then baru decide nak deliver kat mana. Company cover Rm2.5k je. Sekarang private hospital kalau normal delivery pun around Rm5k plus. Hmmmm, poning jugak tu. Tengoklah macam mana nanti. Mudah-mudahan rezeki murah..

Tapi yang peliknya, this week macam susah nak buang air besar. Gambar di atas ni waktu malam tadi, pergi klinik sebab dah 4hari tak membuang. Makan punya banyak tapi signal nak buang tu tak ada pulak. Kepala pun asyik berdenyut sebab perut dah rasa ketat. During consultation pun doktor macam confused nak bagi ubat apa, sebab takut effect kat baby. So doktor pun suruh try liquid paraffin. Ubat ni ibarat minyak pelincir supaya senang nak membuang. Biasanya ubat ni diberi pada patient yang nak menjalani operation supaya membuang air besar terlebih dahulu. Doktor cakap kalau minum malam ni, garenti besok pagi akan buang. Tapi bila makan, adalah aku terjaga dalam jam4 pagi sebab perut rasa memulas-mulas tapi buangnya macam sikit je, haha. Pelik je kan. So harini aku MC. Kepala masih berdenyut dan kali kedua makan ubat tu pun masih belum buang lagi.

Tak apalah, kalau masih teruk lagi kena pergi klinik balik. Perut ni pulak asyik dok bunyi-bunyi, padahal baru je lepas makan nasi. Haisshhhh..

Okaylah, lebih baik tidur. Lagi lama berjaga, lagi rancak bunyinya. Good nite!

Daaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment