04 April 2012

Happy 26th Birthday to my hubby!

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, pada 1 April yang lepas genaplah umur suamiku 26tahun.
Nak dijadikan cerita, kami sekeluarga telah merancang untuk menyambut sehari awal, iaitu pada 31/3 (Sabtu) memandangkan pada hari Ahad ramai yang nak berehat. So aku plan nak belanja seluruh keluargaku makan malam di D'Tasek, Uniten. Alhamdulillah, rezeki murah sebab aku baru dapat bonus.. Haha!
Kebetulan pula pada hari Sabtu tu aku dapat jemputan kahwin kawan dari sekolah rendah kat area Bangi. Balik dari kenduri, terus singgah ke D'Tasek untuk booking tempat dan makanan. Kononnya bila semua dah sampai, makanan pun dah ready. So bila dah setel semua, aku pun balik rumah mak untuk berehat dan solat.
Dalam jam 8.40malam kami bertolak dan sampai lebih kurang jam 9.15malam. Waktu sampai tu memang orang ramai dan mujurlah meja yang kami dah book tadi ditulis "Reserved". So dengan happynya keluarga aku berbual-bual disamping ada hiburan live band di restoran tu.
Tunggu punya tunggu, makanan masih belum sampai. Dah hampir sejam, suami aku pun ke kaunter bayaran untuk mengetahui status makanan yang telah diorder dari siang. Cashier tu pun kata "Maaflah, orang ramai.. Kena tunggu queue". Suami aku pun malas nak bising kot.
So tunggu lagi, dah sejam setengah pun makanan masih belum sampai. Muka kakak ipar aku pun dan lain macam je, muka orang tengah lapar kan.. Anak buah aku, Erin & Khalish pun asyik dok menguap je. Along aku pun memang dah hangin. Kebetulan masa Along aku bangun nak ke kaunter pembayaran, makanan pun sampai. Setelah sejam 45minit! Yang peliknya makanan semua sejuk. Ikutkan hati nak je marah tapi perut dah lapar sangat, so terus kitaorang makan.
Overall makanan semua sedap. Tapi tak berapa nak enjoy sebab perut dah masuk angin. Kami juga diantara customer yang balik paling lewat walaupun diantara yang awal datang.
So waktu nak buat pembayaran, tiba-tiba kakak cashier tu kata, "Awak yang duduk kat meja reserved tu kan? Disebabkan kesilapan kami, awak tak perlu bayar apa-apa". Waktu tu aku macam blur gila. Pastu aku kata, "Kenapa heh kak? Saya pelik sebab saya dah order dari siang tadi tapi tunggu sampai sejam 45minit". Kakak cashier tu pun kata, "Itu memang kesilapan kami, maklumat tak sampai kat kitchen.. Tak apa, tak perlu bayar apa-apa dan saya pulanglan deposit awak". Kakak ipar aku pun mencelah, "Oh heh, kalau macam tu tak apalah". Dalam hati aku nak gelak, macam dalam mimpi pun ada. Tak silap bil makanan tu berjumlah Rm400 ++. Tak nak panjangkan cerita, kitaorang pun terus beransur.
Mungkin nasib suamiku tahun ni memang betul-betul bertuah. Dapat makan free lagi ya. Duit bonus aku pun tak luak, kahkah. Alhamdulillah, mungkin tu rezeki kami sekeluarga pada malam tu..
Okaylah, jumpa di next entry..

Daaaaaaa~
Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment