19 July 2012

It's time to say goodbye to 2nd trimester!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 28weeks. Cepat sungguh masa berlalu.. Lusa pulak dah nak masuk bulan Ramadhan. Mudah-mudahan dapatlah aku berpuasa penuh tahun ni. Moga-moga diberi kesihatan dan kekuatan iman yang luar biasa. Amin3..

Pic kat atas merupakan anak sahabatku, Iskandar & Lynda. Alhamdulillah, selamat dilahirkan pada 10/7/2012 di HUKM. Lepas ni turn aku pulak. Seram sejuk je bila dengar pengalaman bersalin dari kawan-kawan. Tak ada yang kata tak sakit, haha! Lain orang lain ceritanya. Macam manalah rupanya saat aku bersalin nanti. Sekarang ni pun bila nak tidur malam, asyik dok fikir macam mana nak keluarkan baby ni nanti. Nak tengok video kat utube, takut pulak. Tak apalah, kena banyak google supaya boleh belajar teknik yang betul, hehe.

Memang lama sungguh tak membebel kat blog ni (selain dok hantar weekly pregnancy info). Bukan apa, tahap kemalasan tu memang constant sepanjang pregnant ni. Lagipun hidup dah berkahwin ni tak sama macam bujang dulu. Balik je kerja fikir nak masak, basuh kain, gosok baju, kemas rumah, layan suami.. Walaupun tak ada anak lagi kan. Kalau dah ada baby nanti, lagilah double kerjanya. Yang penting, semua tu tanggungjawab dan hanya itu yang dapat mempamerkan kasih sayang yang sejati buat suami/keluarga aku nanti.

Nanti kalau ada masa aku akan update pasal vacation kat New Zealand & progress baby. Insyallah..

Btw, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.. Semoga kita semua mendapat banyak syafaat di bulan yang baik ini. Amin3..

Daaaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment