23 July 2012

NZ Trip!

Assalamualaikum wbt,
Disebabkan minggu pertama bulan Ramadhan ni aku terpaksa bekerja petang (2pm - 11pm), maka dengan automatiknya aku ada masa terluang untuk access google search, facebook, youtube, beautifulnara, yahoomail dan semestinya blog dengan laptop ni. Selama ni kalau kerja normal hour jangan haraplah ada masa. Nasib baik ada phone yang boleh access internet (lebih-lebih lagi free pulak tu). Kalau tak ada, mau mati akal kot, hehe.


So, mehlah nak cerita serba sedikit experience sepanjang di south island New Zealand  (9May - 17May). Seperti biasa, dengan "Air Asia", everyone can fly.. Kalau tak ada, memang takkan sampailah. Daripada kecik kenal negara New Zealand hanya dari iklan susu "KLIM". Puas jugak cari iklan tu di Youtube, tapi tak jumpa. Dalam iklan tu, adalah sedutan lembu-lembu di ladang New Zealand tengah makan rumput and produce susu. Hehe..


Kalau beli tiket melalui Air Asia, dah tentu tiketnya dibeli lebih awal, tak silap lebih 1tahun sebelum penerbangan (April kalau tak silap). Masa tu belum kahwin lagi and tarikh kahwin pun tak confirm lagi, haha. So main taram je beli sebab hubby memang orang yang sukakan nature. Dia memang beriya-iya nak pergi. Masa tu destinasi pilihan adalah Melbourne (hubby punya cousin further study kat sana) dan Perth (dah pergi tahun 2010 dan kononnya nak pergi sekali lagi).  Masa nak book tiket tu kami lepak kat Secret Recepi dengan laptop masing-masing bukak webpage Air Asia. Punyalah lama nak buat decision sebab fikirkan expenses untuk bertunang & kahwin, expenses budget kat sana sebab tak kenal siapa-siapa, transportation, accommodation dan banyak lagilah. Alih-alih kami balik dengan tangan kosong sebab tak tahu nak buat keputusan.Tapi keesokkannya, aku terus book kat ofis sebab selagi tak beli, selagi tulah tak boleh buat kerja. Terus sms hubby bagitahu tiket dah beli dan dia pun kata "okay!".


Overall hubby memang happy sangat sepanjang berada di sana. Cuma aku ni je kurang sikit keterujaan sebab kat sana memang layan nature habis. Scenery kat sana memang subhanallah cantik! Bila orang tanya, "Korang tak pergi ke tempat-tempat lokasi cerita The Lord of The Ring?". Hubby kata senang je nak jawab, "Boleh kata setiap tempat yang kitaorang pergi macam lokasi cerita tu". Memang tak ada cacat cela dan view memang macam wallpaper. 


So inilah sedikit sebanyak itinerary & hotel info kami sepanjang berada di sana:


Day 1 (10/5) - Stay at Sal's Homestay at Hornby, Christchurch (Pakej included airport pickup/sendoff, kereta sewa, breakfast and dinner - RM1184) (http://www.cuticutinz.com/)


Day 2 (11/5) - Mount Cook. Stay at Aoraki Mount Cook Alpine Lodge (RM343.90 per night)


Day 3 & 4 (12-13/5) - Queenstown. Stay at BreakFree The Point (RM480 for 2nights)


Day 5 (14/5) - Milford Sound & Te Anau. Stay at Distinction Luxmore Hotel (RM200 per night)


Day 6 (15/5) - Dunedin. Stay at Mercure Dunedin Leisure Lodge (RM272.50)


Day 7 (16/5) - Timaru - Stay at Sea Breeze Motel (RM225)

Route perjalanan kami sepanjang di sana lebih kurang 1500km.  Memang agak penat memandangkan waktu tu aku pregnant 4bulan. Badan memang cepat letih dan cuaca pula sangat-sangatlah sejuk (7-14 degrees). Walaupun penghujung autumm, tapi memang sejuk yang amat. Kesian hubby yang excited suruh ambik gambar tapi aku asyik buat muka tak larat aja. Lagipun setiap destinasi memakan masa hampir 2-4jam, lepastu berdua aja dengan hubby so masa banyak dihabiskan dengan tidur di dalam kereta.. Maybe kalau pergi in group baru meriah and gila-gila sikit kot, hehe. 


Walauapapun, syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat. Baby pun okay sihat walafiat. Hubby kalau boleh nak pergi lagi. Katanya nak pergi area north island pulak. Alahai sayangku, lepas ni dah ada baby susah sikit nak jalan jauh. Maybe take a yew years baru boleh jalan-jalan, hehe. Yang penting, kami dah jejak kaki ke NZ! Korang bila lagi??


Mehlah tengok gambar ya..






































No comments:

Post a Comment