09 August 2012

Alahai, sakit pinggang!

Assalamualaikum wbt..

Alahai, dah sakit pinggang! Macam lawak pulak subject untuk entry kali ni. Btw, start je masuk 30weeks badan dah start lemah longlai. Tak surelah sebab bulan puasa atau dah sampai phase 3rd trimester memang macam ni.

Sakit pinggang memang lain macam. Rasa mencucuk-cucuk dan bila baring tu memang terasa berat bila nak angkat kaki. Patutlah selama ni aku tengok kalau orang pregnant jalan terkengkang-kengkang. Sebab menahan sakit pinggang rupanya. Sekarang ni bila malam-malam terpaksalah hubby picit pinggang dengan olive oil + minyak angin. Memang tak hilang pun sakitnya tapi terasa legalah sikit sebelum tidur tu.

Sewaktu tidur, kebiasaanya aku mengiring sebelah kiri sebab nak tidur terlentang memang tak boleh (rasa sesak nafas dan risau space sempit untuk baby moving), apatah lagi nak tidur meniarap kan (waktu bujang memang itulah fashion tidur aku, haha). Bila setiap malam mengiring ke kiri, jadinya left part of body aku jadi lenguh-lenguh. Maybe sebab lama menampung berat badan aku yang semakin berlebihan ni (so far dah naik 15kg!). Kesimpulannya, bila bangun tidur terasa seluruh badan ni sakit dan sengal-sengal (cuba bayangkan ibarat korang dah lama tak bersukan, tiba-tiba bersukan tanpa warm-up, garenti sakit badan berhari-hari kan?).

Lagi 10minggu nak kena bertahan ni.. Naik segan dengan hubby sebab asyik dok mengadu sakit je. Hopefully dapatlah dia bersabar ya, hehe.

Gambar kat atas merupakan suatu sudut yang penting di tepi katil. Setiap malam wajib sapu bio oil kat perut, sapu olive oil + minyak angin kat betis, tapak kaki & pinggang. Tapi pelik pulak malam tadi beria-ria sapu minyak angin kat kaki tapi cramp jugak! Memang lumrah kot bagi orang yang pregnant..

Walau apapun, lagi 10minggu je. Tak sabar sangat nak jumpa baby ni walaupun cuak nak menghadapi saat bersalin nanti. Semoga dipermudahkan semua. Amin3..

Daaaaaa~


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment