07 August 2012

Iftar bersama famili di PICC - 2012

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pada Ahad lepas kami sekeluarga berpeluang untuk sama-sama berkumpul untuk majlis iftar.

Bila kami dah bekerja, seakan-akan jadi tradisi pulak untuk kami berbuka puasa bersama-sama di luar (sekali je dalam bulan Ramadhan). Kalau hari-hari biasa, kami akan berbuka di rumah sendiri ataupun rumah mak.

Dah tentu seronok bila dapat bawak mak keluar, lebih-lebih lagi layan buffet kan. Lagipun bila Ramadhan menjelma, mak sibuk uruskan tempahan kuih raya (alhamdulillah, itulah punca rezeki mak dari kami kecik lagi).

Tahun ni kami memilih PICC di Putrajaya sebagai destinasi pilihan. Ini merupakan kali ke-2 kami ke sini.

Makanan memang heaven, tempat makan dan ruang solat sangat-sangatlah selesa. Memang sesuai kalau bawak keluarga yang ramai. Makanan memang banyak pilihan. Kebetulan pulak ada Tan Sri Muhyiddin Yassin berbuka bersama anak yatim dan final match badminton olimpik between Chong Wei & Lin Dan. Memang meriah suasana berbuka malam tu, hehe.

Walau apapun, alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana tahun ni Allah murahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.

Daaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment