30 August 2012

Salam Aidilfitri 2012!

Assalamualaikum wbt,

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam..

Harini merupakan 12Syawal, masih terasa masa cepat sungguh berlalu. Pelik tapi benar.. Waktu bulan puasa, aku dan hubby berbuka di rumah mak. Sebab lepas tu hubby nak tarawikh kat masjid tabligh. Kalau hubby buat 8rakaat, awallah sikit balik. Kalau 20rakaat, sampai tertidur aku menunggu di rumah mak. Selalunya dalam jam11 baru kami balik ke rumah sewa. Time tuhlah sibuk-sibuk nak masak nasi & panaskan lauk untuk bersahur nanti. Kalau tak ada lauk (lauk lebih dari rumah mak), kenalah masak tapi yang paling simple jelah (sambal tumis/sardin/telur masak kicap). Kebiasaanya masuk tidur dalam jam1 - 1.30pagi. Besoknya bangun sahur jam5pagi. Lepas sahur memang kena berusaha tidur sekejap, 30minit pun jadilah. Kalau tak, mau tersengguk-sengguk kat ofis nanti. Macam tuhlah kehidupan harianku di bulan Ramadhan.

Walauapapun, aku sangat bersyukur kerana diberi pelung untuk berpuasa penuh pada tahun ni. Rasanya dah tak ingat bila last puasa penuh. Maybe masa kecik-kecik dululah kot, hehe.

Tahun ni aku meraikan hari pertama Syawal di Beranang (kampung hubby). Memang betul-betul last minit punya desicion (atas nasihat mak aku). Mak aku kata, berayalah di kampung yang dekat dulu so nanti baru boleh lepak kampung yang jauh lama-lama sikit. Macam biasa, family aku akan beraya di Padang Rengas, Perak (kampung sebelah abah aku). Overall happy jugak beraya di Beranang, sebab majoriti saudara mara hubby memang stay area KL so memang meriah. Kebetulan pula Mak Teh (kakak mak mertuaku) buat nasi dagang sebab hubbynya asal Kelantan. Memang sedap sampai ke petanglah aku menghadap.

So malam tu barulah kami bertolak ke Perak dan stay sampai raya ke-4, hehe. Pic kat atas merupakan acara BBQ dinner di hari raya ke-2. Tabik springgg kat mak sebab dia yang organize semua. Aku dapat rasakan mak aku nak hubby aku happy & dapat mengenali saudara mara dengan lebih rapat. Hubby pun nampaknya memang selesa sebab surau sebelah rumah opah je. Waktu subuh hubby dah siap-siap mandi untuk solat berjemaah dan selepas tu kami ke pekan Padang Rengas untuk sarapan dan mak akan ke pasar cari barang dapur untuk masak lauk tengahari. Oh ya, sempat juga aku dan hubby tengok wayang (Expendables 2) kat Taiping Central, hehe.

Part yang paling sedih, masih tak berkesempatan nak bergambar dengan hubby. Walaupun baju raya dah sedondon tapi tak ada lagi pic raya kami berdua..

Okaylah, besok cuti merdeka. Bolehlah tidur puas-puas and spend time dengan hubby. Insyaallah lagi 1bulan setengah je lagi ada quality time untuk bersama. Dah ada baby nanti semua berubah, hehe.

Daaaaaaaa~



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment