14 September 2012

Tears that keep on falling..


Assalamualaikum wbt,

"Tears that keep on falling".. Mcm suspen je subject untuk entry kali ni. Actually I'm on mc.. Doctor gave me 2days of MC (NOT 5days! Haha!)..

Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Asalnya dah 1week++ selsema. Last week checked-up dah dapat MC sehari. My doctor only gave me flu spray + vitamin C, but tak recover pun. Suddenly last 2days kat office flu jadi lain macam. Hidung tersumbat sampai susah nak breathing, mata rasa panas and kepala jadi berserabut. Dahlah masa tu tengah puasa (on the way nak puasa 6, baru hari ke-3). So masa tu terus decide pergi kat kereta (kebetulan masa tu flu spray memang kat bonet kereta), minum mineral water (berbukalah jawabnya), pakai flu spray dan terus lay downkan seat. Rehat dalam 5minit pastu terus tidur kat surau. Memang dah tak larat nak masuk ofis waktu tu. Lagipun memang ambik halfday sebab petang nak hantar hubby ke LCCT. Hubby ada kerja kat Sandakan for a few days. Lega dapat tidur dan flu pun reda sikit. Masuk je ofis (around 1.15pm) sunyi sepi sebab semua keluar lunch. Kemas-kemas laptop dan terus cabut balik rumah mak.

Kat rumah mak sempat makan nasi dan solat zuhur. Then terus ke LCCT hantar hubby. Mak, abah, alish dan erin pun turut serta. Waktu tu hubby yang drive. At the same time mata kanan ni terasa berdenyut (macam start nak membengkak). Tapi aku diamkan saja..

Selamat sampai LCCT dan hubby pun selamat berlepas. Sebelum balik sempat kami makan kat AsiaTaste & McD kat situ. Otw ke carpark, tiba-tiba mak tanya "Shiela, tadi dah ambik ke kunci kereta kat Zaki?".. Dalam hati aku terus jawab, "Ya Allah, aku lupa!!" tapi dalam masa yang sama aku jawab kat mak "Jap, cek dalam handbag".. Astaga, terlupa nak ambik kunci kereta bcoz tadi hubby yang drive, so kunci mesti dalam poket dia! Waktu tu dah hampir jam6 petang (flight hubby berlepas jam5.50 petang). Gagahkan jugak call hubby tapi dah unreachable. Abah dah menggelabah, mak try cool downkan abah. Mak ajak naik bas tapi memandangkan bawak budak-budak kecik so aku terus pergi beli tiket teksi. Dalam hati redha jelah bayar RM73.80.

Alhamdulillah. Kami selamat sampai rumah dalam 15minit sebelum maghrib. Yang kelakarnya Alish siap muntah dalam teksi tu. Maybe kepenatan dan panas kot. Lepas maghrib terus fikir siapa pulak nak ambik kereta aku kat LCCT tu. Abah memang simpan spare key kat rumah. Mata kanan aku dah start berair. Kalau ikutkan hati nak je aku naik ERL turun Salak Tinggi dan ambik bas ke LCCT tapi badan ni dah terasa semacam angkara air mata yang non stop mengalir ni. Taknak susahkan abah tapi dalam masa sama abah aku dok tanya bila nak ambik kereta (abah pun risau selagi kereta tak bawak balik kan). Bila Along & wife dah sampai rumah untuk jemput Alish & Erin, mak pun explain apa yang telah berlaku. Along pun mengofferkan diri untuk bawak abah aku ke LCCT. Mak tak bagi aku follow sebab dia tengok aku dah tak larat.

Lepas dorang gerak ke LCCT, aku pun ajak mak aku ke klinik. Doktor bagi eye drop dan ubat selsema. Dia pun cuak nak bagi ubat apa sebab aku dah 35weeks. Malam tu memang tak selesa tidur. Mata kanan ni seolah-olah ada benda yang mengorek dan air mata tak henti-henti mengalir. Eye drop yang doktor bagi sikit pun tak membantu. Punyalah seksa menunggu pagi.

Lepas je breakfast, terus ajak abah teman ke klinik sebab nak suruh doktor tu buat surat untuk jumpa pakar mata. Dah setel GL letter, terus gerak ke Pusat Pakar Mata Tun Hussein Onn, PJ. Alhamdulillah proses semua cepat. Aku jumpa doktor yang sama merawat aku 3tahun lepas (minor surgery untuk buang ketumbit). Doktor tu kata ada nanah kat dalam kelopak mata (belah atas). Mata nanah tu menekan bebola mata, that's why mata berair. Doktor tu pun risau pasal aku pregnant. Dia just bagi antibiotik dan follow up treatment for another 1week.

Alhamdulillah, setelah hari kedua mata dah tak berair. Masih bengkak dan berdenyut tapi still in recovering mode. Risau jugak makan ubat macam-macam. Hope tak effect kat baby ni.

Flu dah kurang tapi still kena pakai flu spray sebab senang tersumbat bila baring. Tak apalah, asalkan semua penyakit ni beransur pulih. Mak pun cakap, dah final stage ni antibody dah kurang. So kena sabar jelah.

Okaylah, semoga semua selamat ya. Amin3..

Daaaaaaaa ~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment