25 October 2012

Anakku selamat dilahirkan pada 19/10 @15:16

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur, aku telah selamat melahirkan anakku pada hari Jumaat lepas (19/10/12 @15:16). Anugerah paling terindah dan moment yang tak akan aku lupakan selagi jasad dikandung badan.

Hampir setiap hari aku doakan agar sifat anakku sempurna, sihat walafiat, tidak cacat dan Allah makbulkannya. Syukur sangat. Cuma 1aja permintaanku yang tak dimakbulkan, iaitu untuk bersalin secara normal.

Aku "terpaksa" melalui kaedah csec disaat bukaan 3cm kerana anakku mengalami distressed dan jantungnya turun naik tak tentu masa. Masa nak buat keputusan, aku terpaksa menyerah segala-galanya kepada doktor memandangkan keadaanku yang dah tak bermaya. Lagipun waktu tu hubby tengah solat Jumaat. Terpaksa tunggu hubby dalam 20minit dan doktor siap cakap kalau hubby lambat, terpaksa teruskan operation. Tapi hanya itu option yang aku ada sebab doktor kata kalau tunggu untuk deliver normal takut oksigen tak sampai ke otak dan possibility akan ada complication seperti baby tak menangis.

Boleh dikatakan semuanya berjalan dengan pantas. Rasanya doktor nak keluarkan anak aku dalam masa 10minit je. Disebabkan aku tak nampak apa yang sedang berlaku, aku just rasa perut aku ditolak-tolak dan tuptup aku dengar suara anak aku menangis. Aku tak dapat nak pastikan bila doktor tu belah perut aku. Cuma prosedur nak jahit menjahit yang agak lama. Aku kesejukan tahap menggigil sampai terketar-ketar. Dahlah dahaga gila tapi dorang tak bagi aku minum langsung sebab takut aku muntah.

Yang penting semuanya selamat. 40minggu aku menunggu saat ini dan dengan izinNya aku dapat merasa nikmat yang tiada tandingan ini. Harini anakku genap 6hari. So far alhamdulillah, semuanya sihat. Cuma anakku cirit birit sebab perutnya tak berapa serasi dengan susu badan aku kot. Hopefully okaylah lepas ni.

Okaylah, insyaallah kalau ada masa next post aku cerita waktu aku kena induce Khamis malam tu. Sakitnya tuhan saja yang tahu.. Tungguuuuu..

Daaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment