03 October 2012

Dah terasa sakit (minor)

Assalamualaikum wbt,

Dah terasa nak nangis menangung kesakitan sepanjang final stage ni (within 36 - 38weeks). Sakit pinggang jangan cakaplah. Rasa mencucuk-cucuk dan punggung ni rasa macam bersegi-segi. Bila duduk sakit pinggang datang.. Bila berjalan sakit punggung pulak. Malam-malam hubbylah kena urut.

Kaki dah membengkak tapi tak adalah ketara sangat. Just bengkak bahagian tepi je. Sekarang ni pulak bila bangun pagi jari jemari terasa kebas. Sampai tak boleh nak menggenggam langsung. Tapi lepas mandi terus okay je pulak.

Rasa sakit perut macam senggugut tu dah terasa. Tapi sekejap-sekejap jelah. Biasanya rasa selepas bangun tidur, buang air kecil dan berdiri lama. Bila berjalan atau berdiri, kadang-kadang krem kat celah peha.. Patutlah orang pregnant ni jalan mengengkang. Menahan sakit rupanya. Baru faham, hehe..

Lagi 2hari je nak bekerja. Saje je ambik cuti 1week before due sebab cuti memang banyak. So baiklah berehat kat rumah mak atau spend time dengan hubby sementara masa masih ada ni. Kesian nanti waktu pantang tak boleh nak layan dah.

Dalam hati ni dok risau jugak fikir pandai ke hubby aku buat kerja rumah. Dahlah aku ni particular sangat. Hopefully dengan automatik pandailah dia buat kerja-kerja rumah, hehe.

Alahai, macam manalah anakku nak keluar nanti. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan aku bertarung nanti. Tak sabar tapi takuttttttt!!! Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Amin3..

Daaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment