08 October 2012

Bruschetta with spinach and mushroom


Assalamualaikum wbt,

Harini dah start cuti walaupun due lagi 9hari. Lantaklah boss nak kata apa sebab cuti memang banyak. Cuti sejak 4tahun lepas yang dikumpul (dulu waktu kerja shift asyik dok ganti keling-keling yang suka MC). 

Dengan semangat ajak anak buahku, Erin untuk membuat bruschetta. Resipi dapat dari TV1 (waktu tu tengah menunggu turn check-up kat Klinik Kesihatan Kuchai Lama). Hubby pun suka makan tapi bukan dengan spinach tapi dengan tomato. Lainkalilah buat sebab tomato tak ada pulak.

So ini bahan-bahannnya:

1) Bayam seikat
2) Roti perancis sebatang
3) Bawang putih 4ulas dicincang
4) Bawang merah 1biji dicincang
5) Cooking cream 6sudu
6) Capsicum sebelah dipotong dadu
7) Cendawan tiram 1paket dikoyak-koyak
8) Olive oil untuk menumis
9) Butter 
10) Mozarella cheese

Cara-cara:
1) Tumis bawang putih dan bawang merah bersama olive oil sampai naik bau
2) Masukkan bayam, cendawan tiram dan capsicum
3) Bila dah agak layu, tuangkan cooking cream
4) Letak butter dalam 1sudu untuk tambah lemak
5) Tunggu dalam 5minit dengan api perlahan. Jangan lupa garam secukup rasa
6) Letakkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi atas roti (roti tu dah dibelah menyerong, disapu butter dan dibakar sekejap atas kuali leper)
7) Tabur mozarella cheese dan masuk dalam oven kejap lebih kurang 5minit

Dah siap!

Senang je kan? Bruschetta ni sesuai dijadikan apertizer. Kalau nak makan sampai kenyang tu mustahillah kan. Lagipun bayam ni muak sikit (maybe sebab dia sayur yang lemek kan). Kalau nak mencuba tak salah kan. Sekali sekala makan makanan Italy. Tak perlu nak membazir makan di Italiannies.. Haha!

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment