04 November 2012

Pengalaman melahirkan Muhammad Sayf Zhafir

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah harini anakku yang diberi nama Muhammad Sayf Zhafir bin Mohd Zaki genap 14hari.

Mehlah nak cerita serba sedikit pengalaman melahirkan anakku ni. Walaupun mungkin cerita aku tak sehebat cerita orang yang bersalin normal, tapi aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan selamat dengan izinNya.

So ini kronologinya:

Khamis (18/10/12)

@8.30mlm
- Selepas baca yasin dan solat berjemaah bersama my hubby, kami bersiap-siap untuk ke hospital
- Sebelum tu, moment paling sedih waktu nak salam tangan mak. Aku sempat cakap "mak, mintak maaf segala salah silap". Lepas tu terus lidah jadi kelu.. Mak peluk dan cium pipi kiri & kanan aku. Mak pun tak cakap apa-apa. Mak hanya menangis dan kami berpelukan selama beberapa saat. Bila nak ke pintu rumah, mak hanya kata "jangan meraung kuat-kuat, selalu ingat Allah". Aku pun angguk je dan dalam masa yang sama aku macam tak percaya sebab memandangkan aku masih belum rasa sakit nak bersalin pun lagi.

@9.30mlm
- Sampai kat Columbia Hospital, Cheras
- Register dan bayar deposit
- Masa tu sunyi sepi, tak ada perasaan langsung tapi lepas tu ada pulak sorang mamat keling ni kena heart attack. Siap dah berbuih-buih mulut dia. Ntah hidup ke tak. Cuak sekejap aku jadinya.

@10mlm
- Check in bilik. Wad no: 97. Betul-betul bertentangan dengan labor room.
- Part paling tak besh, aku dapat double bedded. Single room dah penuh. So hubby kena balik tak boleh nak teman. Geram jugak sebab ingatkan hospital swasta banyak je kosong. Rupanya penuh. Alahai, ramainya orang sakit..

@10.30mlm
- Nurse datang untuk masukkan ubat berak kat bontot. Malunya..! Tapi lepas je masuk ubat tu, tak sampai 2-3saat terus nak berak. Ajaib betul, haha.

@11mlm
- Doktor pun datang dengan midwife untuk prosedur induce. Doctor just masukkan pil kecik color putih dalam vagina aku. Tak sakit pun. Kena baring dalam masa sejam supaya ubat dapat beroperasi. Midwife tu kata ada orang lepas sejam dah start rasa contraction dan induce ni ambik masa 6jam untuk monitor. Kalau bukaan tak banyak kena induce lagi lepas subuh.
- Tak sakit pun waktu doktor masukkan pil. Doktor cakap tempat bukaan aku tu lembut so mungkin bukaan cepat. Bila dengar tu lega sangat. Harap-harap cepat dapat jumpa baby. Lepas tu aku baring dan sambil tu baca surah Maryam. Hubby ada kat sebelah sambil main tablet.
- Lepas sejam baring, aku still tak rasa sakit. Waktu tu hubby belum balik. Sempat lagi makan nasi tomato berlaukkan kurma daging yang mak bekalkan. Kami memang berselera sungguh sampai habis licin.

Jumaat (19/10/12)

@1am
- Masih belum rasa sakit apa-apa. Aku pun suruh hubby balik. Memang berat sangat nak suruh hubby balik sebab manalah tahu 3-4pagi nanti bersalin, tak sempat hubby nak masuk dalam labor room (haha). Tapi apakan daya, terpaksa jugaklah balik.

@6am
- Aku tak pasti waktu ni betul ke tak sebab sedap sangat tidur. Nurse pun asyik dok keluar masuk cek CTG. Sampai tak sempat tengok jam, alih-alih dah pagi. Tapi aku dah start rasa contraction.
- Yang aku ingat, midwife datang untuk cek bukaan dan dia kata baru 1cm dan kena induce sekali lagi. Dalam hati aku, alahai baru 1cm keeeeee? Tapi kan, masa midwife tu nak masukkn pil tu, dia punya seluk sampai sakit gila! Masa first doktor buat tak sakit pun.
- Lepas je second induce, terus rasa contraction makin kuat dan bila aku buang air kat toilet, nampak darah dalam toilet bowl. Bila midwife tu masuk balik nak cek CTG, aku pun tanyalah kenapa ada darah. Midwife tu jawab tu normal sebab dah seluk-seluk tadi. Aku pun pelik tapi diam jelah.

@8am
- Contraction semakin kuat. Aku dah lemah longlai. Waktu nurse datang cek CTG, aku request pain killer
- Selepas 30minit, nurse datang cucuk pain killer kat punggung
- Rasa lega sikit dan ubat pain killer tu buat aku mengantuk..

@11am
- Aku just tidur. Contraction sekali sekala masih jugak terasa. Mungkin pain killer dah nak habis kesannya.
- Doktor datang untuk cek bukaan. Aku masih mamai. Yang aku dengar, bukaan baru 2cm!
- Doktor pesan kat nurse agar aku dimasukkan ke labor room jam12 tengahari..

@12pm
- Nurse datang dan suruh aku siap-siap untuk ke labor room. Waktu tu aku masih tidur. Aku kata nak ke toilet dulu buang air kecil dan bersihkan muka dulu. Contraction makin kuat dan kuat..
- Nurse datang bawak wheelchair. Aku memang dah tak larat sangat time tu. Tengok muka nurse pun rasa nak marah.

@1pm
- Kat labor room. Nurse dok sibuk pasang CTG dan suruh aku baring straight terlentang. Tapi contraction dah kuat, aku degil baring mengiring. Nurse bising sebab CTG tak betul if aku baring mengiring.
- Disebabkan dah tak tahan sangat, aku request epidural.
- Aku tak pasti sama ada doktor bius cucuk epidural dulu atau nurse pasang drip dulu
- Yang aku tahu bila dah pasang drip, contraction makin kuat. Aku memang dah betul-betul KO time tu.
- Prosedur untuk epidural agak mudah dan tak sakit. Yang renyah nak bongkokkan badan untuk dapatkan right position untuk cucuk. Posisinya kena duduk membongkok atas katil sambil peluk bantal kat bawah ketiak. Cuma waktu cucuk kat belakang tu ada one time aku terasa ngilu. Sebelum cucuk tu hubby macam tak berapa setuju, tapi nak buat mcm mana memang dah tak tahan sangat.
- Kesannya dalam 10-15minit. Waktu tu baru terasa cerah mata dan boleh nak bercakap dengan waras. Contraction dah tak rasa.
- Hubby keluar sekejap untuk menunaikan solat Jumaat..

@1.30pm
- Doktor datang cek bukaan, baru 3cm.
- Tapi CTG aku tak berapa cantik. Heartbeat baby tinggi (170) dan tak parallel dengan contraction. Nampak doktor macam dah kelam kabut.
- Doktor pecahkan air ketuban. Tak sakit pun, cuma rasa ada air mengalir tanpa dipaksa.
- Doktor pesan kat nurse untuk monitor CTG closely. Nampak doktor bergegas-gegas ke bilik sebelah sebab ada patient lain yang nak deliver.

@1.50pm
- Doktor masuk balik dan cek CTG. Masih tak okay. Doktor kata dia tak pasti kenapa reading CTG tak okay. Mesti ada yang tak kena pada baby dan kena operate immidiately. Terkejut bila aku dengar tapi dalam masa yang sama aku nak semua cepatlah selesai. Doktor kata ini adalah last option, kalau lambat takut oksigen tak sampai ke otak baby. Bila oksigen tak sampai, baby keluar nanti tak menangis dan lebih banyak komplikasi yang akan timbul. Aku pun berserah jelah. Aku sms hubby yang sedang solat Jumaat agar balik hospital secepat yang mungkin.

@2.15pm
- Hubby sampai labor room. Doktor masih kat sebelah selesaikan patient yang sedang deliver tu
- Dalam beberapa minit doktor masuk dan terangkan pada hubby masalah yang sedang dihadapi
- Nurse bersiap-siap buat preparation sebelum masuk ke operation room.
- Doktor bius datang untuk tambah dose (sebab aku dah ambik epidural kan). Bius separuh badan.

@2.30pm
- Aku ditolak ke operation room. Persediaan semua nampak rushing. Badan dari pinggang ke bawah terasa berat sebab kesan ubat bius kan. Yang lawaknya, waktu nurse-nurse nak pindahkan aku ke katil lain, aku siap tanya korang tak rasa berat ke. Dorang boleh gelak, hehe. Yelah, yang rasa berat aku je. Dorang yang mengangkat rasa biasa je.

@3.16pm
- Alhamdulillah, selamat kesemuanya. Waktu sangat pantas. Aku rasa perut ditekan-tekan, lepas tu dengar tangisan baby.
- Aku memang tak nampak apa-apa yang berlaku. Hanya dengar doktor laungkan "allahuakbar" dan suruh aku selawat atas Nabi sebelum dia tunjukkan baby pada aku. Menitis airmata aku ketika tu. Serius rasa macam tak percaya.
- Waktu doktor dukung baby dan tunjuk pada aku, doktor tanya ni baby apa? Aku pun jawap, baby boooooy. Badannya putih, rambut agak lebat dan hidung nampak kembang (hidung memang sebijik dalam gambar waktu scan 3D, hehe).
- Lepas tu terus rasa dahaga dan menggigil kesejukan. Agak lama jugak doktor nak jahit perut aku. Bila dah setel semua, katil aku diletak kat satu penjuru selama 30minit tak silap. Masa tu ya Allah, terketar-ketar bibir menahan sejuk. Padahal dah 3 blanket balut badan aku. Nurse ada kat sebelah tengah menulis. Aku minta air tapi dia tak bagi sebab takut aku muntah. Dalam hati aku, kejamnya.
- Lepas tu aku ditolak ke bilik wad. Nurse suruh tidur dan lepas tu baru boleh minum. Pergerakan terbatas sebab pakai tube kencing. Baby ada kat nursery. Bila jumpa hubby, terus tanya dah tengok baby? Hubby pun kata dah tengok dan azankan. Pastu tanya lagi, nangis tak? Hubby kata mestilah. Hehehe..
- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Selesailah semua dan bermulalah hidup aku dan hubby sebagai "Mama & Abi"



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment