17 December 2012

1st day kerja setelah 60hari cuti bersalin

Assalamualaikum wbt..

Lemaunya harini. Tapi teruja sebab lama tak jumpa officemate.. Biasanya rutin harian waktu bercuti, aku dan Sayf bergolek-golek atas katil sampai tengahari. Ada masa mandi awal.. Kadang-kadang terlajak jugak mandikan Sayf tengahari, hehe..

Alhamdulillah, mak kata okay. Sayf tak meragam. Aku tinggalkan susu 3botol (15oz) tapi mak aku pakai 2botol je. Mak aku bancuh jugak susu formula 2round (1round = 4oz). Haishhhhh..

Mak aku mesti nak cepat sebab dari pengalaman cucu-cucu sebelum ni, dorang minum susu formula since awal. So mak aku tak biasa lagi kot nak rendam susu. Mesti dalam hati mak aku kata leceh kan. Tak apa, aku akan berusaha pam susu kat ofis. Mana tahu susu makin lama makin banyak..

Hubby now kat Miri ada meeting & site visit sampai besok. Aku tidur rumah mak. Masih belum terasa hura-hara waktu pagi sebelum pergi kerja. Yelah, lepas ni nak kena bajet timing betul-betul. Perjalanan rumah sewa aku Puncak Jalil ke rumah mak Seri Petaling pun boleh makan masa 30minit. Alangkah beshnya dapat duduk dengan mak..

Lama pulak Sayf tidur harini. Dari maghrib sampai nak ke tengah malam. Bagi nenen pun pejam je mata. Tak dapat nak borak-borak dengan Sayf. Biasanya waktu cerita Adam & Hawa (10pm), mata Sayf celik lagi. Janganlah berjaga banyak kali pulak ya. Selalunya kalau Sayf tidur awal dalam 11pm, Sayf akan bangun 4am. Kalau tidur 12am, bangun 5am. Alhamdulillah, kebiasaannya Sayf terjaga sekali je waktu malam :)..

Okaylah, besok seperti biasa kerjaaaaa. Hari pertama masih blur-blur. Hope besok bersemangat sikit ya, hehe. Time to sleep!

Daaaaaaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment