09 December 2012

Sayf @50days

Assalamualaikum wbt,

Semalam first time bawak Sayf outing kat Alamanda. Celebrate birthday mak sekali (54tahun pada 6/12).

Lepas mandi kasi nenen pastu elok je tidur dalam baby cot. Siap sempat aku mandi dan basuh kain. Sebelum bertolak kasi lagi minum susu formula 4oz. Mula-mula dalam kereta elok je diam pastu tidur dengan lenanya.

Bila sampai Alamanda pun still tidur dalam stroller. First time rasmi stroller tu. Abi sampai basah berpeluh-peluh masa nak pasang, hehe.

Kat Johnny's, Sayf still tidur. Tapi lepas je aku makan semangkuk, Sayf dah buat muka rimas. Mak aku suruh bancuh susu tapi dengan degilnya aku nak bagi jugak nenen. Kononnya nak try bagi nenen dikhalayak ramai, hehe. Dah siap bawak shawl (dari sehari ke sehari nak beli nursing cover tapi tak beli jugak). Mula-mula nak selak tu punyalah dok cover. Sayf pulak dah tak sabar, aku jadi panik. Dengan nak cover tak nak bagi orang nampak, pastu nak masukkan betul-betul kat mulut dia. Ambik masa agak lama sampai Sayf muak (pening kot, haha). At last okay jugak tapi masih rasa tak selesa. Sayf pulak jenis menyusu lama. So aku tarik aja sebelum dia lepaskan sendiri. Nampak dah muka Sayf tak puas menyusu. Bila masukkan dalam stroller pun dah dia nampak rimas je. So aku decide untuk balik dulu. Nampak kecewa je muka mak aku sebab tak puas berjalan. Yelah mak aku tu kalau tak ada aku dia boring, hehe. Waktu nak ke parking Sayf dah mula menangis tapi nasib tak kuat.

Sampai je kat dalam kereta, terus bagi nenen. Alahai, haru biru nak bawa berjalan. Aku dan hubby masih tak pandai nak mengawal keadaan. Kena tunggu Sayf 3bulan kot baru boleh bawak berjalan. Takpun kalau nak keluar kena tinggalkan kat mak kejap :p.

Okaylah, masa untuk tidur!

Daaaaaaaaaa~


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment