30 January 2013

Alhamdulillah, merdeka berpantang 44hari!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, harini merupakan hari ke-45 dan aku sudah merdeka! Dan juga harini adalah hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Ouhhh specialnya hari ini...

Macam tak sangka tahun lepas aku sibuk-sibuk dengan majlis kahwin sebelah aku, tapi tahun ni aku duk sibuk menetek anak, haha. 

Sayf dah pandai memandang orang dan bila kita bercakap dengan dia, bibir dia terkumat-kamit menandakan ada respon. So far aku masih mencari kaedah untuk membanyakkan susu dan Sayf masih minum susu badan & susu formula. Seboleh-boleh aku nak Sayf minum susu formula 2-3kali aja sehari (3-4oz sekali bancuh). Aku pun dah start buat stok susu. Sekali pam (2-2belah) dapatlah 2-3oz. Sikit kan? Tak apalah, demi Sayf aku akan cuba dan cuba sedaya upaya.

Okaylah, Sayf dah merengek-rengek.. panas gamaknya pasal aku belum mandikan lagi, hehehe. 

Daaaaaaaa~

P/S: Pelik kenapa selama ni tersimpan as a "draft".. Thats why baru publish harini..

2 comments: