16 February 2013

Sayf dah 120hari!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, harini genap Sayf 120hari. Tapi kalau ikut bulan, 19hrb ni 4bulan. Syukur kerana Sayf membesar dengan sihat dan boleh dikategorikan anak yang tak banyak meragam. Tapi tak tahulah kalau dah dapat kaki nanti macam mana pulak perangainya, hehe.

Malam tadi aku decide balik rumah sewa sebab nak basuh kain. Nasiblah aku duduk sekali dengan abang aku (angah). So bila hubby tak ada, tak adalah takut nak duduk berdua dengan Sayf. Tapi mengada-ngada pulak Sayf malam tadi. Sampai 3kali bangun nak bergayut. Mentang-mentanglah tak letak dalam baby coat. So bila tidur sebelah mamanya asyik nak kena menyelak je, hehe.

Kain dah setel, cuaca pun baik. Tak panas terik. Kejap lagi bolehlah angkat. Nak keluar tak ada hubby tak seronok.. Mak & abah pun rasanya dah otw nak ambil aku.

Okaylah, ayam pongteh pun kat dapur. Tunggu mereneh lama sikit. See u in next entry!

Daaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment