17 February 2013

Sayf teman mama shopping kat KWC

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi aku bersama Sayf, ditemani Abah, Mak & adikku, Lina ke KWC. cadangnya nak cari tudung/sejadah untuk group marhaban. Oh ya, insyaallah kalau tak ada halangan kami nak buat kenduri aqiqah Sayf pada 2/3 ni. Kebetulan kakak suamiku bakal bernikah pada tarikh tu. So alang-alang bolehlah buat kenduri Sayf sekali.

Pada mulanya nak beli sejadah, tapi tak cukup pulak. Ada 9helai je kat kedai tu. At last belilah tudung 20helai. Harga jatuh Rm9 sehelai. Okaylah tu, still within bajet.

Disamping tu, aku mencari baju untuk dinner Jumaat ni. Temanya "Night of Star". Alahai, star ke aku ni? Haha.. Punyalah mencari baju kat KWC tu, sampai lenguh kaki. Nasiblah Sayf tidur. At last belilah baju peplum. Tengah famous betul design tu. Mana-mana kedai dok jual baju ni. Nak cari dress, tak ada satu pun berkenan. Lantaklah tak ikut tema. Lagipun aku ni malu sikit nak melawa lebih-lebih, hehe.

Yang paling sedih kan, dulu aku boleh je pakai baju yang free size. Sekarang ni... Hmmmmm.. Memang totally dah berubah. Ketat tang dada! Ketat macam sarung nangka! Dulu kalau beli baju tak payah try. Nak-nak yang baju RM25 kat Sg.Wang tu. Dulu main pejam mata je ambik. Hmmmm, rindunya saat berat 42kg... 10kg nak kena turunkan ni.. Adoooi!

Okaylah, dah azan maghrib. Solat dulu...

Daaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment