23 March 2013

Alhamdulillah, mak & abah selamat pulang..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, mak & abah selamat pulang ke tanah air. Rindu sangat, lebih-lebih lagi kat mak. Sampai je rumah, terus peluk mak. Terasa sayu sangat mak tak ada selama 2minggu ni.

Macam biasa, hampir setiap masa dok tanya pengalaman mak & abah di Mekah. Dorang pun bersungguh-sungguh bercerita. Yang penting, memang nampak dorang seronok sangat. Dan berpuas hati dengan pakej dari Andalusia.

Satu je pesan mak, mak kata "pergilah jejak kaki kat Mekah waktu muda-muda ni sebab nanti dah berumur tak larat". Walaupun hanya ibadah umrah, memang terasa penat dengan aktiviti kat sana. Solat 5waktu pun dah habis masa 1hari. Dok ulang-alik masjid je kerjanya (600meter dari hotel).

Insyaallah mak, niat tu memang dah ada. Kalau ada rezeki, mana tahu kita dapat pergi sama-sama kan...

Yang comelnya, mak beli baju Sayf 2pasang. Siap berserban sekali tau. Tak sabar nak pakaikan. Tunggu Sayf besar sikit baru ngam, hehe.

Terima kasih ya mak. Yang penting, semuanya berjalan lancar dan syukur impian mak & abah sampai ke tanah suci Mekah dah terlaksana dengan izin Allah. Semoga mak & abah berpeluang ke sana lagi. Amin3.

Daaaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment