08 March 2013

Sayf @140days

Assalamualaikum wbt,

Bila tiba hari Jumaat, pasti mama akan ingat hari lahir Sayf. Sebab anak kesayangan mama ni lahir pada hari Jumaat. Sama pulak tu dengan hari waktu mama lahir dulu..

Tokmak & atok masih dalam perjalanan lagi rasanya. Risau mama macam manalah keadaan dorang. Yelah, first time pergi jauh.. Tinggalkan keluarga pulak tu. Harap keadaan semua baik dan mama akan sentiasa doakan kesihatan tokmak & atok baik.

Next week mama cuti 1week. Jaga Sayf, abang Khalish dan Cik Erin. Behave tau!

Okaylah, besok nak ke Melaka. Majlis resepsi belah lelaki pula. Alahai, this week kerja asyik balik malam je. Tak puas berehat rasanya. Tak apa, balik nanti mama tengok muka Sayf yang hensem ni terus hilang penat..

Love you so much sayangku!

Daaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment