31 March 2013

Sayf si Awang Senyum!

Assalamualaikum wbt,

Alahai makin handsome anak mama ni. Mana-mana pergi mesti orang tegur. Sebab suka sangat senyum. Bila agah sikit je, dia punya senyum sampai ke telinga..

Semalam sakan shopping kat KWC. Al-maklumlah dapat bonus 1.25bulan. Kalau bonus 6bulan bolehlah shopping kat KLCC. Apa punya compony ntah bonus siap ada titik perpuluhan. Makin lama bonus makin sikit. Kena cari kerja lainkah?? Hmmmmmm...! Walau apapun, alhamdulillah. Dapatlah beli baju mak & anak..

Last week aku MC 2hari. Baru je angan-angan tak nak MC tahun ni. Terpaksa.. Batuk, demam dan selsema. Siap Sayf pun kena sekali. Even harini dah seminggu pun batuk & kahak masih belum hilang. Degil sungguh! Hubby pun baru kena tempias. Lagipun faktor cuaca yang sangat panas sekarang. Hujan pun sekali sekala, pastu sekejap je. Rindu New Zealan.. Lebih-lebih lagi kat Dunedin! Hehehee..

Besok birthday hubby. Hadiah dah beli Jumaat lepas. Dah bukak dah pun. Beli masa keluar lunch hour. Sekarang dah kahwin tak ada surprise-surprise dah. Siap call tanya nak apa, haha. Cuma tadi singgah Sturbucks beli kek sepotong. Buat cukup syarat tiup lilin tepat 12malam nanti, hehe..

Okaylah, nak siap-siap gosok baju kerja. Alahai, nak tempuh minggu baru. Garenti jalan jam besoj sebab sekolah dah start balik. Hmmm..

Nite!

Daaaaaa~


Sent from my iPhone

2 comments: