02 April 2013

Monyok je.. Sayf batuk & selsema

Assalamualaikum wbt,

Kesiannya anak mama harini. Teruk berjangkit batuk & selsema dari mama dia. Abi pun sama kena tempias.

Dah seminggu lebih dok menanggung. Bukan makin elok, tapi makin melarat. Harini terus hilang suara dan susah nak menelan. Suara Sayf pun dah jadi rock.

Pagi tadi terjaga lambat. Sedar-sedar dah 6.50pagi. Penangan ubat batuk.. Masa otw nak hantar Sayf kat rumah mak, dia muntah dalam kereta. Nasib kat dalam car seat. Kalau kena baju kerja alamatnya ambik cutilah, hehehe. Tapi kalau ikutkan nak je MC. Tapi seganlah last week dah MC 2hari. Tengoklah esok lusa kalau tak baik jugak, terpaksalah..

Pic Sayf ni diambil waktu selepas dia muntah. Tu yang monyok je. Keletihan gamaknya dok batuk tak henti-henti. Memang kesian sangat. Nak buat macam mana.. Dugaan nak besarkan anak..

Semoga sayangku cepat sembuh. Bagitu juga Abi Sayf. Nanti dah sihat kita keluar makan sempena birthday Abi okay.

Daaaaaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment