22 April 2013

Sayf swimming in the pool!

Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tak update blog. Kebizian seperti biasa, malah bertambah busy. Ada saja aktiviti hujung minggu sampaikan kain berbakul-bakul tak lipat. Haiiiishhhh!

Last 2weeks kebetulan ke rumah Ibu (mak saudara hubby) di Metropolitan Square, Damansara Perdana.

Kalau diikutkan ada event pertunangan tengahari tu. Tapi bila dengar je budak-budak nak mandi pool lepas habis event, terus je ajak hubby balik ambik baju mandi Sayf. Haha! Semangat nak rasmikan sebab baru beli punya pasal.

Seronok sangat bila tengok anak sendiri yang berenang-renang. Sayf memang okay. Tak pernah meragam tak tentu pasal. Syukur alhamdulillah. Diam je sampai siap garu-garu kaki & menguap. Berbaloi beli pelampung yang kat leher tu.

Pasni pergi hotel mesti wajib ada swimming pool. Aku kena belajar berenanglah nampaknya.. Adoooooi, setelah nak dekat 28tahun ni tak lepas-lepas! Heheheh..

Okaylah, nak sambung buat kerja. Next entry aku try upload video Sayf kat pool.

Daaaaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment