20 May 2013

Happy Mother's Day to me!

Assalamualaikum wbt,

Pejam celik pejam celik Sayf dah 7bulan. Sampai sekarang bila tengok Sayf tengah senyum, nangis, makan & menyusu, aku seakan-akan tak percaya betul ke tidak ini adalah anak aku. Anak yang telah aku kandung 40minggu 2hari. Memori waktu preggy dulu seolah-olah makin kabur. Macam dah lupa pun ada. Lepas ni time preggy nak buat videolah. Before ni just ambik pic belly je every month. So nanti ada kenangan & bukti yang aku sedang preggy, kahkah.

Last week pada 12/5, adalah Mother's Day. First time in my life celebrate hari ibu. Pun tak percaya jugaaaaaak.. Haha aku ni dah mabuk ke apa. Macam tak boleh terima realiti hidup je. Maybe sebab terasa pantas sangat waktu itu berlalu. Dulu tak sabar sangat nak kahwin kan.. Sekarang tak percaya pulak kan.. Hehehe

Walauapapun, aku tetap bersyukur. Sayf merupakan anugerah yang terindah buat aku. Dulu masa bercinta selalu kata kat hubby yang waktu tu boipren, "awaklah anugerah terindah" tapi sekarang baru faham apa itu maksud anugerah terindah tu..

To all mothers out there, Happy Mother's Day!

Daaaaaaaa~

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment