13 August 2013

1001 Memori di Krabi


Assalamualaikum wbt..,

Salam Aidilfitri buat semua. Rasanya lama betul tak update blog ni. Tak sempat nak bercerita tentang kisah percutian kami di Krabi pada 5-8 Julai yang lepas.. Bagi yang dah tahu apa yang telah berlaku, terima kasih di atas doa2 kalian. Bagi yang baru menyinggah blogku yang tak glemer ni, marilah aku bercerita serba sedikit tentang kisah yang berlaku di Krabi.

Siapa sangka, percutian yang ditunggu2 berakhir dengan satu tragedi. Di mana sahabatku, Nurul Faridah binti Sazali telah kembali ke rahmatullah pada 6/7/13 (lebih kurang 10pagi waktu Msia). Sesunggunya Allah itu lebih mengetahui dan mati itu pasti. Tidak cepat mahupun lewat walau sesaat sekalipun. Allahuakbar!

Setiap saat yang berlaku sudah pasti masti segar diingatan. Arwah menghembuskan nafas buat kali terakhir dihadapanku dan suami. 

Percutian ini  memang dirancang dan  dibuat atas dasar suka2. Cuma kami memilih untuk tinggal di hotel yang berlainan, tetapi masih berdekatan antara satu sama lain. Yelah, masing2 dah berkeluarga, citarasa lain2, cuma arwah sahaja yang masih belum berkahwin. Arwah stay di hotel yang lebih murah (budget hotel), lebih kurang 200meter dari hotel kami.

Arwah sampai di Krabi sehari sebelum kami, iaitu pada 4/7/13 (Khamis, tengahari). Waktu perjalanan kami tak sama sebab arwah beli tiket kemudian. Begitu juga sahabatku lagi seorang, Dalila & family sampai pada tarikh arwah sampai tapi pada waktu pagi. 

Aku sedikit kesal kerana sebelum ke Krabi, arwah seolah2 marajuk dengan aku. Sebab aku terlalu busy sehingga tak ada masa untuk diluangkan bersama arwah. Aku ada berjanji dengan arwah untuk bawa arwah breakfast sama2 di Sungai Besi, tapi aku cancel last minit. Arwah ada juga kata teringin nak makan laksam, aku diamkan saja. Arwah ada call dan tanya ada tak nak jalan2 ke Penang sebab arwah nak berjalan2 ke sana, aku hanya menjawab "Alaaa kita kan nak ke Krabi, pastu nak puasa & raya.. Pas raya jelah kita plan balik". Aku tahu, arwah mendiamkan diri sebab merajuk. Tapi aku ni buat2 tak faham. Arwah belum berkahwin dan family di Australia, dah tentu dia mengharapkan kawan2nya. Aku tak nampak semua itu. Aku leka dengan urusan dunia, sehingga mengabaikan kawan baik sendiri. 

2-3hari sebelum arwah bertolak ke Krabi, aku ada menelifon arwah. Bertanyakan tentang persiapan arwah. Sebelum tu aku ada sempat survey hotel2 yang murah untuk arwah. Masa arwah naik bas ke LCCT dari KL Sentral pun aku sempat bertanyakan keadaan arwah. Yelah, risau tu memang ada sebab arwah kan seorang. Aku siap berpesan pada arwah, "Once kau sampai Krabi, terus call aku okay". Dalila & family pun dah sampai pagi tu, kiranya arwah tak berseorangan dia sana.

Petang tu aku seperti biasa, sedang sibuk2 di ofis. Arwah call aku menggunakan viber. Arwah bagitahu dia dah checked-in hotel. Dia ada kata jauh juga dari airport nak ke hotel. Dia xberseorangan naik taxi sebab ada perempuan yang wakil dari agent taxi tu ikut sekali. Maybe dia ada urusan kerja so tumpang balik sekali kot. Aku pun lega. Aku pesan kalau nak keluar, call Dalila, jangan keluar sorang2. 

Petang tu arwah ada call lagi. Dia kata kedai2 makan dekat je. Dia baru jalan2 sekitar hotel sorang2. Aku faham sangat sikap arwah yang xsuka ganggu privacy kawan2 dia. That's why dia xnak ganggu Dalila. Dan dia baru beli banana pancake. Arwah kata pakcik jual pancake tu pandai cakap melayu. Arwah kata nanti dia tunjuk kedai sebab pakcik tu pesan nanti bawak kawan2 makan.

Aku bersama 2lagi family bergerak ke Krabi pada pagi Jumaat. Rushing sangat sebab flight seawal 7am. Alhamdulillah, semua selamat. Once je sampai, aku terus call arwah. Arwah kata dia tengah bersiap nak pergi day trip bersama Dalila. Kami tak sempatlah nak join sebab baru sampai kan. Aku cuma sempat pesan nanti apa2 call lah. 

Kami stay di Nagapura Hotel. Sampai je terus makan maggie, hehe. Rehat2 kat hotel sekejap, lepas tu kami lunch dan beli pakej half day trip elephant tracking. Seronok dan berbaloi. Dalam masa yang sama aku try call arwah, masuk voicemail. Dalam hati tak ada line kot. Sebelum balik ke hotel, kami singgah di pasar malam. Wow, heaven! Makanan halal banyak. Kerabu sana sini. Aku sempat beli kerabu sotong, pad thai, puding mangga, ayam percik dan fish ball. Tak ada yang tak sedap! Tengah2 pasar malam tu ada diletakkan meja makan so ramai2 boleh terus makan kat situ. Tandas awam pun ada. Sempat jugak basuh poopoo Sayf kat situ, haha. Cuma aku bawak balik pad thai dan puding mangga sebagai makanan malam kami di hotel. Aku masih try call arwah, masuk voicemail juga. Msg pun tak berbalas.. Kami pun balik di hotel petang tu.

Dah sampai hotel, terus makan pad thai. Penat memang penat, yelah flight awal pagi kan. So terasa mengantuk mata tapi degiln xnak tidur. Mandi2 dan solat jamak. Tiba2 arwah call, tapi pakai no Thai. Arwah kata dia pun baru sampai hotel. Arwah kata dia try call aku xdapat. Aku pun kata, ehhhh samalah. Aku sangat2 pelik disitu, tapi aku malas nak selongkar mencari sebab. Xtahu kenapa masing2 tak dapat call, biarkan jelah. Aku just pesan, pas maghrib tunggu kat hotel dan kita sama2 pergi town untuk survey pakej trip keesokkannya. Arwah just kata okay.

After maghrib, kami bersiap2. Sempat lagi suami menjamah pad thai. Sedap sangat katanya, rugi beli sebungkus. Kawan aku malas nak join ke town, mengantuk katanya, dorang just serahkan pada aku semua untuk decide pakej trip untuk esok. Aku pun gerak ke hotel arwah menaiki "tuktuk". 

Setelah selesai bayar deposit untuk pakej keesokkan hari (trip ke Phi Phi Island), aku mengajak arwah singgah di hotel aku dahulu sebab ada pulut mangga. Arwah nampak beriya2 nak makan pulut mangga tu. Setelah sampai di hotel, arwah sempat bersalaman dengan Kak Zana yang waktu tu dah tidur. Arwah kenal dengan Kak Zana sebab dia yang mekap aku waktu nikah dulu. Sempat lagi Kak Zana bagi ketupat palas dan sambal bilis kering untuk di makan. 

Di bilik aku, arwah makan pulut mangga sampai habis. Cuma saat2 akhir tu arwah sempat tanya, "Nak tak?". Aku jawap, "Bolehlah, satu suap je pastu kau habiskanlah". Arwah pun menyuapkan aku pulut mangga tu. Lepas tu aku pun masak air dan buatlan kopi. Kami lepak di balkoni sambil minum kopi bersama. Tak bersembang sangat pun. Masing2 pegang phone tengok gambar dan instagram. Hehe. Aku xpasti waktu tu jam dah pukul berapa sebab xpakai jam. Arwah balik dah lewat malam juga. Aku pun hantar sampai kat pintu je, sebab mangantuk punya pasal. Lepas je arwah balik terus aku tidur. 

Kami bersiap awal sebab agent tu dah pesan, 8.30am tunggu kat lobi hotel. Tak terfikir pun nak call arwah pagi tu, rushing punya pasal kan. Kami menaiki bas untuk ke jeti. Kemudian bas tu berhenti di seberang hotel arwah. Aku di dalam bas rancak berborak bersama kawan2. Excited kan.. Bila nampak arwah yang baru keluar dari lobi hotel, sempat aku melambai arwah dan arwah membalas lambaian aku. Dan aku sambung berborak balik. Tak sampai 4-5saat, suami kawan tiba2 menjerit, "Ehh budak tu jatuh!". Aku pun terus mendongak dan nampak arwah dah tersembam atas jalan. Aku dan suami terus bergegas turun dari bas untuk mendapatkan arwah. Kami angkat arwah dan bawa masuk ke dalam lobi. Waktu itu arwah nazak dan menghembuskan nafas yang terakhir. Semuanya amat pantas..

Alhamdulillah, semua proses berjalan dengan lancar dan mudah. Arwah selamat tiba di Kajang pada waktu subuh, 8/7/13 dan dikebumikan di sana. Aku xsempat menghadiri majlis pengebumian sebab flight aku petang dari Krabi. Aku redha sayangku, Allah lebih menyayangimu. Kau adalah sahabat yang terbaik dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan kawan2mu. Dunia yang sementara ini telah membezakan dunia kita. Yang pasti, kau kekal di sana. Hanya doa yang mampu ku kirimkan. Jasa2mu tetap dalam ingatanku.. 

Al-Fatihah buatmu Nurul Faridah (11/01/85 - 6/7/13)

Arwah bersama mak aku.. Pic ni dalam 3/4 years back.. Sekarang hanya tinggal kenangan..

No comments:

Post a Comment