13 August 2013

Salam Aidilfitri 1434


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua beraya bersama suami terchenta dan pertama bersama anakku, Muhammad Sayf Zhafir. Syukur ya Allah, aku berterima kasih dia atas segala limpahan rezeki dan hidayah yang Kau berikan. 

Tahun ni aku beraya di kampung suami, Jalan Enam Kaki, Beranang seperti tahun lepas. Raya kedua baru kami bertolak ke Padang Rengas, Perak (kampung nenek sebelah abahku). Alhamdulillah, perjalanan semua lancar.

Harini Selasa 6 Syawal, suami dah kembali ke ofis. Yelah, baru masuk tempat kerja baru awal bulan haritu so mana boleh cuti lama2 kan. 

Pagi tadi dikejutkan berita yang ofismate suamiku, Fendi dah ada Phd. Setelah diingatkan balik, ouhhh kawan lama aku rupanya. Lama sungguh tak dengar cerita.. Tuptup, dah jadi doktor. Dia memang pandai, sebab tu belajar di Cambridge Universiti. Alhamdulillah.. Kini ditemukan kembali. Keciknya dunia ni kan. 

Sayf nanti belajarlah pandai2 ya, masuk Cambridge macam kawan mama ya.

Daaaaaa~

No comments:

Post a Comment