10 September 2013

Rutin harian Sayf di rumah TokMak


Assalamualaikum wbt..,

Buat masa ni bila pagi-pagi sampai rumah Tok Mak & Atok Abah, Sayf akan tersenyum lebar. Lebih-lebih lagi bila nampak Atok tengah menyapu daun-daun kering kat pokok jambu. Sayf manja dengan Tok Abah. Nampak je Atok melintas, terus datang merengek dia sebab suruh angkat. Lagipun Sayf tak boring sebab ada Abang Khalish. Beza umur dorang 18bulan. 

Sekarang ni masing-masing dah ada Ipad mini. Sayf macam biasa, teruja dengan kid's songs & flash card. Abang Khalish dah advanced.. Main game & tengok youtube. This week Kakak Erin pun cuti sekolah sebab exam UPSR. Lagilah meriah.. 


Harini aktiviti dorang pergi ke Carrefour. Tok Mak suruh cari pisang untuk buat cekodok. Alahai comelnya. Tiap-tiap hari rasa tak sabar nak balik rumah, hehe.

Okaylah, nak settlekan kerja cepat-cepat. Pastu boleh jumpa budak 3orang ni..

Daaaaaaaa~

No comments:

Post a Comment