10 September 2013

Syawal telah berakhir..






Assalamualaikum wbt.. 

Syawal telah pun berakhir.. Open house kecil-kecilan dirumah mak tetap diadakan walaupun di awal bulan Zulkaedah. Hehe. Tak apalah, asalkan dapat berkumpul dan makan bersama kawan-kawan / sanak saudara, lagipun tak perlu tunggu bulan raya je kan. 

Syukur juga kerana aku telah berjaya menyelesaikan hutang puasa di bulan Syawal. Siap puasa 7 lagi tau. Alhamdulillah, semoga Allah terima amalanku ini. Mak, abah, adik dan suami juga turut serta. Semoga Allah memberkati keluarga kami dan panjangkan umur kami sekeluarga. Amin..

Sayf dah 11bulan. Masih selesa dengan mengengsot ala2 combat. Tapi nampak usaha nak berpaut dan berdiri. Hopefully sempatlah Sayf berjalan sebelum genap 1tahun nanti.

Yang kelakar, Sayf dah pandai babai dan buat no1 dengan jari telunjuk. 2malam lepas around 3am menangis nak susu, pastu sambil pejam mata sebut "ma ma ma".. Terharu sangat hati ni. Tapi bila kita dok suruh sebut "mama" dia buat tak tahu je pulak. Hehehe. 

Susu badan dah semakin berkurang. Start bulan Ramadhan haritu dah tak pam. Lama-lama makin sikit, sedih sangat.. Sayf still jugak minum tapi dalam  1-2kali je sehari. Nampak sangat tak puas sebab bila bagi susu botol lepas menyusu badan, habis je. Tak apalah, mama still bagi sampai Sayf 1tahun okay..

Okaylah, nak sambung buat kerja. 

Daaaaaaaaa~

No comments:

Post a Comment