06 November 2013

Friso Gold Vs Dutch Lady Active Gold

Assalamualaikum wbt,

Entry kali ni agak serius sikit. Yelah, soal kesihatan anak kan.. Bukan satu benda yang boleh dibuat main-main.

Pagi Sabtu yang lepas Sayf demam panas. Seriously aku memang risau. Ubat demam memang standby je kat rumah. Even dalam beg baju untuk ke rumah Tok Mak pun akan aku bekalkan ubat demam. Pada aku, benda tu sangat penting. Enough said.

Awal pagi tu bila rasa badan panas, terus aku campur ubat demam 3ml dalam botol susu Sayf. Dengan harapan bangun pagi demam Sayf akan kebah..

Aku suspect Sayf demam sebab tukar susu. Since day 1 Sayf dikenalkan dengan susu Friso Gold Step 1 (sekarang dah Step 3). Walaupun average dalam sehari Sayf poopoo 2-3-4 kali, tapi tak pernah sembelit. Tekstur poopoo cair bila minum susu, lembut bila lepas makan dan color kuning keemasan. Boleh dikatakan proses penghadaman tak pernah ada masalah. 


Tapi mak aku risau, katanya banyak kali sangat poopoo. Tu yang aku dan hubby buat keputusan untuk tukar susu. Dalam masa yang sama nak cari susu yang murah sikit. Kononnya sebab Sayf dan 1year dan dah boleh makan.. So kami decided untuk bertukar kepada Dutch Lady Active Gold Step 3..


Aku start bagi susu baru ni Jumaat malam. Tak sure jam berapa. Maybe sebelum tidur, around 11pm atau pun Sabtu pagi around 2-3am. Wallahualam, kebetulan pagi Sabtu tu Sayf nak demam atau sebab tukar susu atau kata mak aku (merangkap kata orang-orang tua sebab nak berjalan). Bila part nak poopoo dalam tengahari Sabtu tu, Sayf ambil masa sampai nak dekat sejam meneran. Kesian sangat sampai peluk kaki Abi, haha. Bila dah selesai poopoo, aku cek colurnya gelap mcm hijau lumut dan poopoo berketul2 sampai ada sebesar separuh dari 2jari. Dalam hati dah agak dah susu baru ni mesti tak serasi.

Petang Sabtu tu aku terus ke klinik. Doktor pun advice tukar susu lama balik. Biarpun Sayf poopoo 2-3-4 kali sehari, asalkan dia sihat dan aktif seperti biasa. Memang aku perasan, Sayf orangnya jenis senang poopoo. Kadang-kadang tu bila makan je, terus buang. Yelah, as a mother memang kita akan tahu. Bila makan bubur + carrot, akan keluarlah poopoo tu bersama carrot. Kalau brocoli, keluarlah brocoli. Haha. So memang itulah sistem penghadapan Sayf. 

Balik dari klinik tu terus beli susu Friso Gold Step 3. Alhamdulillah, kesihatan Sayf semakin baik. Cuma kesan dari demam panas tu, Sayf selsema, batuk dan berkahak. Tak apalah, asalkan Sayf dah ceria seperti sediakala. 

Syukur ya Allah...

** Note: Bukan berniat nak kondemkan susu yang lain, cuma nak ibu-ibu peka dan prihatin pada setiap perubahan pada anak-anak. Mungkin susu tu tak sesuai dengan Sayf, tapi sesuai dengan berjuta-juta kanak-kanak di luar sana. Even anak buah aku pun serasi. 

Daaaaaaaa~ 



4 comments:

  1. Mmg risau kalau anak kena sembelit kan.. kalau dia serasi dgn friso teruskan jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Yana, kesian sangat.. Alhamdulillah so far okay pas tukar susu lama balik..

      Delete
  2. anak saya minum frico dan jarang sakit. mmg jauh beza tahap kesihatan dengan susu yg dia ambil sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe susu tu serasi dengan perut anak kita.. Alhamdulillah :)

      Delete