13 November 2013

Sayf dah nak berjalan..


Assalamualaikum wbt..,

Alhamdulillah, kalau diizinkan Allah dalam seminggu dua ni Sayf akan sampai ke fasa "berjalan".. Yeayyy!

Orang kata anak ni bila dah dapat kaki lagi penat nak jaga.. Tak apalah, memang itu tanggungjawab seorang ibu pun. Kadang-kadang mengeluh jugak, tapi bila  kat ofis terbayang-bayang pulak muka anak. 

Pagi tadi hubby tegur, "Aikk kenapa pakai baju pregnant ni?".. Then aku jawap, "Sajeee, rindu nak pregnant pun ada jugak, haha".. Haippp! Tak boleh preggy lagi buat masa ni! Q2 2014 baru boleh fikir, hehehe. Alaaa baju-baju sekarang kan fashion ala-ala kembang. Al-maklumlah perut ni bukan mcm dulu dah. Memboyot dan menggelebeh. Seriously, memang susah nak workout tang perut. Macam-macam dah sapu, tak jalan. Tak apalah, selagi boleh cover, cover jelah.

Okaylah, nak ke Sunway kejap. Urusan kerja. Yeayy harini boleh cabut awal. Dah pesan kat hubby petang karang bawak makan durian. Haha. 

Okay, daaaaaaaaa~

No comments:

Post a Comment