02 December 2013

Sayf at Sunway Lagoon!

Assalamualaikum wbt,

Alahai bertuahnya Sayf.. Baru umur 1tahun dah dapat jejak kaki ke Sunway Lagoon.. Mama ni dulu orang susah.. Atok kerja askar.. Tokmak fully housewife.. Kalau cuti sekolah tu balik kampung jelah (either Pahang or Perak). Kalau nak merasa mandi-manda ni pi sungai jelah.. 

Tapi Sabtu lepas ada family day ofis aku. Kalau tak, tak ada makna nak bawak Sayf yang kecik cenonet tu main air. Hehehe. Disebabkan free, so layankan aja. 

Sayf memang suka main air! Nampak naik sheikh bila berada dalam air. Yelah, since 5months dah ajar berendam.. Nampak dia seronok walaupun dia belum pandai berkata-kata. Part paling kelakar, main air tak sampai sejam tapi tidur sampai nak dekat 3jam. Boring mama menunggu awak bangun. Abi siap hilang main kat dry park dengan kawan-kawan ofis mama. Haisshhhh!

Semangat abi tiup pelampung Sayf yang ala2 anak raja ni.. Pelampung siap berbumbung! Hadiah beday ni.. Dari Mak Ngah Sayf.. Thanks ya!

Haaaa tu dia.. Ada one time tu Sayf macam lalok je.. Mengantuk kot.. Dibuai2 ombak kan..

Diwaktu panas terik dan tepi speaker pun Sayf boleh tidur. Bagus, Sayf adalah anak yang tak banyak meragam!

Overall Sayf & Abi memang happy. Mama nanti kena repeat tapi bersama gegurlz trip kot, haha. 



1 comment:

  1. Hihi, syabas mama berimpian bersama gegirl trip ke sunway lagoon lagi. Main puas2 kalau pergi lagi biar berbaloi2 byr entrance fees masuk ke sunway lagoon hehe

    ReplyDelete