06 January 2014

Sayf @15months old


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Sayf membesar dengan sihat. Syukur ya Allah..

Dah 15bulan. Semakin panjang akalnya. Dah laju berjalan. Main redah tak tengok kiri dan kanan. Taknak pegang tangan mama & abi pulak tu..

Bila naik tangga bukan main eksyen. Bila mama kata, Sayf NO NO NO! Tak diendahkan langsung. Tapi bila part nak turun tangga, menangis meraih simpati. Naik pandai, turun belum mahir lagi. Hehehe.. 

Tengok tu.. Bila bergambar dengan mama bukan main payah nak senyum.. Tapi dengan awek, bukan main ye. Siap senyum gatai lagi.. Amboi3..

Eh eh eh comelnya baby panda ni. Macam baby girl pulak. Hehe. Walau apa pun, sayf tetap hero no -2 mama (yang 1st of course abi sayf ye)..

Okaylah, this month sayf dah 15bulan.. Semoga sayf membesar menjadi anak yang soleh.. Amin3..

Daaaaaaaaa~


No comments:

Post a Comment