25 February 2014

Jalan-jalan Kuala Terengganu 2014

Assalamualaikum wbt..,

Syukur alhamdulillah. Berjaya kami semua menjejakkan kaki ke 3hari 2malam di Kuala Terengganu setelah 5tahun tak balik. Kiranya balik kampunglah ni sebab aktiviti lebih kepada melawat saudara mara sebelah mak. Still meriah walaupun tak cukup korum sebab Along & Fam tak dapat nak join.

Kitaorang stay kat Riyaz Heritage. Memang highly recommended. Sangatlah selesa if pergi ramai-ramai. Dari airport dalam 10mins je. Nak pergi bandar pun dekat. Tak sesak dan aman je. 

Kitaorg amik 3bilik..1bilik kosong.. Kan besh kalau Along & Fam join sama..

View dari cafeteria.. Waktu pagi memang berangin. Sangat tenang sebab konsep tempat makan adalah open air. Masa matahari pagi nak naik tu ala-ala kat New Zealand pulak.. Hehe..

Tengok tu Sayf. Siap boleh lentok melayan susu kat kerusi malas (balkoni bilik). Maybe waktu aku pergi ni musim berangin kot.. 

Sedara mara sebelah mak datang hotel semata-mata untuk bergosip.. Haha, cayalah!

Hubby kata view belakang ala-ala oversea gitu.. Perasan..

Layan ikan & sotong celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang. Seriusly heaven. Wajib pergi kalau korang jalan-jalan Terengganu ni..

Haha Sayf tak ada perasaan tengok air pantai. Diam tak terkata. Mungkin itu cara Sayf melahirkan rasa keterujaan dia. 

Masa memang suntuk.. Tak sempat nak menikmati betul-betul dengan ombak pantai.. Setakat celup-celup kaki jelah..

Untuk dinner kitaorg decide steamboat buffet kat hotel Riyaz je. Malas nak fikir makan mana. Dahlah ramai. Nak booking tempat semua leceh kan. Waahh, heaven bila sepupu sepapat berkumpul. Bukan senang nak jumpa dah lepas ni. Im gonna miss u all.. Semoga Allah panjangkan umur kita semua.. Amin..

Sayf dah monyok pada hari ke-3. Waktu ni panas sangat. Sayf selsema pulak tu. Rushing jugaklah kat Pasar Payang sebab nak kejar waktu check out, hehe.

Disebabkan flight malam, kitaorang half day checked in kat Che Esah Homestay di Kuala Ibai. Kebetulan sedara punya homestay, so FOC jelah. 

Homestay ni punya view memang baekkk punyaaa! Tak payah bukak kipas. Angin original punya!

Menghabiskan saat-saat sebelum balik Key Ell.. 

Fuhhh, masing2 melayan perasaan!

Dah masuk barang-barang dalam bonet kereta. Tengah bersiap-siap nak ke airport. Siap tak sempat nak makan sebab masa terover spent kat pantai. Haha.

Walauapapun, bercutilah kat mana-mana pun asalkan dengan amily tercinta dah cukup menyeronokkkan!

Daaaaaa~




1 comment: