07 February 2014

Tips kurus selepas bersalin

Assalamualaikum wbt,

Sebelum nak tulis panjang lebar, maaflah sebab lambat berkongsi tentang tips selepas bersalin. Sayf pun dah 16bulan.. Hehe.. Kebetulan di tengahari Jumaat yang mulia ni, seru baru datang. Stay kat office je, malas pulak nak keluar beronggeng (kebiasaan yang dilakukan oleh kaum2 wanita pada waktu lunch hour di hari Jumaat). So bolehlah aku kongsi dari pengalaman aku sendiri sewaktu berusaha utk menguruskan badan selepas bersalin.. 

Haha tengah2 seronok menaip, officemate ajak keluar. Now curi2 masa kat surau sementara menunggu azan Asar.. 

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ni sebelum kahwin memang dikategorikan kurus. Dengan ketinggian 153cm dan average berat 42 -44kg. Makan memang tak pernah menolak. Kiranya tak ada pantang langsung, even waktu pregnant pun main taram je semua makanan. Istilah "diet" tu mmg tak ada dalam kamus hidup. Pernah jugak kawan cakap aku bela jenglot sebab tak pernah naik badan. Makan nasi 2-3kali pun sama je pattern. 

Bila dah kahwin, lepas sebulan je terus pregnant. Yang kelakar, baru 2-3weeks pregnant dah tak boleh kancing seluar jeans. Seriously berat badan aku terus menerus naik sampailah nak bersalin. 



 
Berat masa 40weeks pregnant: 62kg

Pic kat atas ni waktu aku 39weeks. Ambik cuti awal seminggu sebelum due. Bukan reti dok rumah. Dok pergi berjalan je. Kembang waktu pregnant toksah nak cakaplah. Siap malu2 nak ambik gambar, sebab tak percaya dengan wajah sendiri. Kikiki..
 
Aku bersalin pada usia kandungan 40weeks +2days. Melalui kaedah csec sebab Sayf distressed waktu bukaan 3cm. Yang penting, semua berjalan lancar. Syukur padaMu ya Allah..

Berat selepas 2weeks bersalin: 53kg

9kg je turun! Memang aku tak boleh terima kenyataan. Setiap baju dan seluar dalam almari semua tak boleh pakai. Zaman sebelum kahwin bukan main banyak buat baju kurung modern. Even bukak dat pun still tak lepas nak masuk especially bahagian dada. 

Lepas habis pantang, berat badan still sama which is 53kg. Tak luak sikit pun. Even makan makanan org berpantang (tapi nasi 2x gak sehari, haha). Sedih tau. Pergi ofis pun pakai balik skirt waktu pregnant. Yelah seluar semua tak boleh masuk. Baju memang ketat kat dada (tu aku tak kisah sebab breastfeed anak kan). Tapi memang rasa badan tak best. Badan tak kemas. Confidence level jatuh merudum. Rasa diri dah tak lawa. Rasa selebet sebab pakai baju selebeh. Dagu ada 2. Bontot besar. Eee semua tak beshlaaah.


Pic ni waktu bulan May 2013, Sayf dah 7bulan.  

Lepas Sayf 8bulan, aku bertekad untuk diet. Sebab fikir Sayf dah boleh makan. So boleh aku fokus diet. Sebelum ni bila nak pam susu, fikir dulu aku makan banyak ke tak tadi. If tak makan banyak, susu sikit. Makanan memang mempengaruhi pengeluaran susu. Macam mana berat nak turun kan. Asyik fikir makan je. Haha. 

Sepanjang diet, aku still pam susu mcm biasa, 2x sehari (11pm & 4pm). 

Menu diet aku adalah:

1) Breakfast: Roti bakar 2keping (letak butter + gula sebab favorite dari kecik) dan air milo tanpa gula

2) Lunch: Nasi putih 1senduk + ikan masak stim (masak sendiri dan bawa ke ofis)

3) Dinner: Susu + koko krunch dan buah

Ni jelah amalan aku sepanjang 3bulan (July - Sept 2013). Target aku adalah untuk capai berat 45kg, which means kena turunkan 7kg. Nampak sikit je kan? Tapi kerana naik 7kg ni lah aku tak muat pakai jeans lama tau! 

Pagi2 aku akan bakar roti 2keping dan makan dalam kereta sepanjang perjalanan ke rumah mak utk hantar Sayf. Kalau rajin aku buat chicken wrap (pakai tortilla bread). Tak pun burger telur. Yang penting basicnya adalah roti.

Untuk tengahari, memang aku masak & makan ikan stim tiap2 hari. Cuma jenis ikan & sayur je bertukar. Kadang2 ikan bawal, tinggiri atau kembung. Sayur pulak bertukar2 iaitu cauliflower, carrot, nenas &  brocoli. Tak ada pulak muak. Maybe sedap kot, haha. 

Biasanya aku pakai rice cooker yang ada tempat stim sekali tu. Malam sebelum tidur aku masak nasi setengah pot dan stim sekali dengan ikan. 2 in 1. Sonang kojo den. Besok pagi sebelum kerja terus letak dalam tupperware. Sampai ofis terus masuk peti ais. Bila tiba waktu lunch hour, panaskan pakai microwave. Azam aku mmg kuat. Berjaya menepis ajakan kawan2 utk makan luar. Dasyat jugak bila ingatkan balik..

Waktu malam aku akan buat susu + koko krunch (susu nespray instant). Tanpa gula okay. Koko krunch tu dah manis. Sambil2 tu potong buah epal atau pear atau lai. Makan bersama2 hubby and Sayf. Sebab tu sampai sekarang Sayf suka buah. Sebab terjebak dengan waktu program diet mama dia. Hehehe..

Aku ada buat sit up sepanjang 3bulan tu. Tapi 2minggu je. Memang strict. Aku buat 200x sehari. Memang leper perut aku. Dahlah tak makan banyak, buat sit up pulak. Tapi sekarang bila dah tak buat, kembali menggelebeh. But still acceptable sebab yang paling penting berat turun. 

Sepanjang 3bulan program diet, aku masih breastfeed Sayf. 1bulan pertama aku masih pam 2kali (11am & 4pm) tapi bulan ke-2 jatuh pada bulan puasa. Aku rasa dahaga lain macam bila pam 2kali. So aku buat pam sekali. Tapi disebabkan nak balik awal waktu bulan Ramadhan, aku terpaksa skip pam sebab nak siapkan kerja cepat2. Yelah nak pam ambik masa 40minit kat surau. Bukannya bos ada bilik sendiri kan.. Aku just susukan Sayf direct bila balik kerja. Tapi kadang2 dia dah kenyang. Delaylah sampai 9-10malam.. Lama2 susu makin sikit. Walau apapun, aku bersyukur sebab sempat breastfeed Sayf sampai 1tahun.

Aku ada juga makan ubat kurus. Aku tak pasti ubat tu berfungsi dengan baik ke tak. Maybe membantu sikit kot. Aku tak reti nak buat perbandingan kalau makan ubat2an ni. Pada aku, susah hidup ni kalau terlalu bergantung pada sesuatu kalau usaha sendiri pun yillek. Aku just makan Lecithin & Al Falfa dari Shaklee. 

Bila diet tu jangan lupa track berapa jumlah penurunan. Dari situ boleh motivate diri kita. Kalau aku, sesi penimbangan pada setiap hari Jumaat. Mula2 memang nampak sikit jumlah penurunan sebab dalam gram kan. Tapi asalkan menurun dan tidak menaik. 


Berat selepas 3bulan diet (July -Sept 2013): 48.4kg

Berat terkini (Feb 2014): 47kg

Walaupun still tak capai target 45kg tapi aku bersyukur. Atlis keyakinan aku bertambah dan hati aku puas sangat. Baju2 lama dah boleh pakai. Seluar kerja dah muat, tapi ketat sikit kat peha. Dada dah kecik (maybe dah kecut sebab tak ada susu, haha). Cuma seluar jeans je belum lepas. Sarung boleh, cuma tak boleh kancing. Insyaallah, boleh tu nanti.


Lepas 3bulan diet, aku makan macam biasa. Nasi 2x sehari. Tapi taklah bertambah, hehe. Nak maintain je berat sekarang, cukuplah. Taknak macam dulu. 

Okaylah. Sampai sini sahaja.

27 comments:

  1. saya sukala baca ni... sekarang tgh risau giler pregant baru 6 bulan naik dah 60kg..dari 50kg.huhuhuh takut tengok badan sendiri.tambah-tambah nafsu makan naik mendadak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau saya time pregnant dulu sonyum lebar berat naik.. yelah demi baby kan.. tapi lepas pregnant, menangis.. kikiki

      Delete

    2. Good info. Untuk kesan yang lebih padat, pemakanan yang betul juga memberi sumbagan besar. Ditambah dengan workout, perghh! Boleh ke blog saya untuk

      info-info kekal cantik dan slim-melim.

      >>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<


      .

      Delete
  2. Suka baca entry ni.saya baru lepas bersalin sebulan setengah, berat trun 10 kg je.stress je tengok muka chubby mcm msa pregnant.kalo diet masa sekarang ok x ye? Tapi sy still menyusu baby.kesian pulak kat baby kalo xcukup susu if sy diet nanti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, pelan2 ye.. jangan drastik sangat.. lagi senang bila anak dah kurang menyusu..

      Delete
  3. suka baca entri ni.saya pun baru keguguran bar ni.proses nak turun berat badan so far baru nak mula.hihi.blh amalkn tips ila ni,
    selain tu saya cari juga tips lain.feel free untuk share tips saya ni :D

    http://norsaadahabdultalib.blogspot.com/2014/05/tips-diet-yang-seronok-dan-tidak.html

    ReplyDelete
  4. Menarik tips ni! seiring dengan amalan saya setiap hari. sekarang saya cuba sambil minum Callysta Bali Coffee secara semulajadi dan insyaallah saya akan cuba sekali dengan tips ni sekali

    ReplyDelete
  5. Syabas cik la.. Akan saya jadikan sumber inspirasi.. Tapi dari zaman anak dara sampai la skrg xpernah cecah 45kg. Pernah sekali 48kg dgn tinggi 150cm. Skrg tgh prgnnt anak ke3.. Berazam utk kuruskan badan coz takut sgt nampak lebih tua dari umur n takut penyakit2 datang.. Maklumlah dah masuk 3 series.. Wish me luck..

    ReplyDelete
  6. parking sini dulu...t nk start diet boleh rujuk sini

    ReplyDelete
  7. Tips yg menarik..blh diamalkan..:)

    ReplyDelete
  8. Wow..best baca entry ni..farah sdg berpntg...berat masa 40week 72 kg..skrg baru turun 60kg..farah nk dpt balik berat 55kg..boleh ke..nk try program diet akk ler..perut mengelebeh..peha n bumpee pun susah nk turun...harap2 ia akn membantu...

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat menarik...sy akan cuba praktikkan

    ReplyDelete
  10. kalo czer pun leh wat sit up eh? ade ape2 effect x kt tmpt jahitan? perut da gelebeh, nk wat sit up takut tmpt jahit terbukak.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi amik masa.. saya cuba buat sit up ni pun lepas 8months deliver.. insyaallah xada apa2 masalah..

      Delete
  11. hurmm. kurusnya kak.. comel lagi tu.. suka yaya tengok..

    ReplyDelete
  12. Saya menjual produk pelangsingan yang berasaskan Garcinia Cambogia. Terbukti berkesan dalam membakar lemak dan menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Takde pantang makan, takde kesan sampingan yang memudaratkan.
    ��Garcinia Burner 15D - Capsules

    Fungsi:
    �� Meningkatkan metabolisma tubuh
    �� Melancarkan peredaran darah
    �� Membuang toksin dalam tubuh
    �� Mengurangkan berat badan
    �� Mengawal selera makan
    �� Mengurangkan kolestrol
    �� Menambah tenaga

    Whatsapp sy 019-8648817 untuk info lanjut

    ReplyDelete
  13. yup betul tu...produk hebat camane pun kalau sendiri tak disiplin, malas takde maknanya berat nak turun. tahniah ye sbb berjaya turunkan berat. berat sblm pregnant kita lebih kurang je. tp sy jenis cepat turun :)

    ReplyDelete
  14. saya pun sekarang masih risau..pas bersalin 3 bulan lepas, berat x bnyak turun..even x makan malam pun berat x kurang2..pergi kerja pn pakai baju besor2 bab x nak bagi nmpak perut menggeleber. . huhuhuhu,sedih :(

    ReplyDelete
  15. wahh tekad nya 3 bulan consistent diet gitu...Nak kna praktik la jga lps ni..Memang bnyk bju dah x muat ni..

    ReplyDelete
  16. Baru berpantang 5 hari..tidak menyusu sebab baby meninggal. Sekarang sedang pulun nak turunkan berat badan...hopefully petua ila membantu...maklum la..anak dah 5 ni...badan makin berisi compare masa anak dara...tp kena kuat semangat

    ReplyDelete
  17. comel je cerita...:)

    mmg takut sgt kalau berat tak turun lps bersalin...sy pun gelabah dulu...alhamdulillah berkat breastfeeding n set slimming shaklee, barulah turun berat badan... :)

    ReplyDelete
  18. salam cik la,

    seronok baca story u, tahniah berjaya turunkan berat badan di samping masih breastfeed anak, kagumnya dengan usaha u yg bersungguh2, mmg cantik sangat bila u dah kurus :)

    ReplyDelete
  19. sy frsttme bsalin..caesar sbb tkanan darah naik ke langit..dl berat sy 60kg xla kcik mn pun..tp skrg 86kg!!!mmg bsar sgt!!!!bj dh smpan kotak...agaknya sy ni blh trn lg x..

    ReplyDelete
  20. Sis..sit up 200x?saya nak sit up 20x pun tak larat😢😢😢..saya sekarang mengandung dah 8 bulan..berat badan naik mendadak..saiz baby dlm kandungan biasa je..tak overweight,tapi saya dari 57kg naik sampai 73kg..nie baru 8 bulan..ada 8 minggu lagi..huwaa...sis saya semakin hari semakin stress..setiap hari kena mkn nasi 2x..kalau tak mkn rasa loya..

    ReplyDelete
  21. Rsa dpt inspiration bla bca entry sis ni..sy tgh tgu due..skang da 35w++ dgn 58kg..huhu..doc ckp da overweight.berat b4 46kg..sedeyyy..tgh pikir cara2 nk lose weight during pantang nt..inshaAllah bole try cra sis plak...

    ReplyDelete