13 February 2014

Wedding BIL..

Assalamualaikum..

Busy dengan wedding lagi bulan ni.. Wedding BIL (adik hubby yang ke-5). Hope rehat lama sikit lepas ni. Walaupun tak dapat nak menolong sangat, tapi terasa penat jugak. Nasiblah wedding area Selangor je. Kalau kena tang utara, selatan or pantai timur.. Macam manalaaaah. Terasa penat sebab anak kecik lagi kot. Kalau anak ramai lagilah double penatnya kannn.. Dahlah this week panas terik. Mencecah 40degree!

Hari nikah..

Hari bersanding belah perempuan..

Hari bersanding belah lelaki..

Untuk belah lelaki, tudung mestilah eksklusif & sponsored dari Paloma Collection! Suka sangat combination of the color.. Apple green + dusty pink. Sweet sangat kan!

Ouch terharu sangat because pic ni menampakkan muka aku bujur sirih dan nampak kurus! Terima kasih kepada yang mengambil gambar. Haha!

Selamat pengantin baru my BIL. Selamat menempuh alam rumahtangga yang penuh pahit, manis, masam, payau dan macam2 lagi. Percayalah, masih jauh perjalanan ini..

Harini mood baik sebab bangun 4.30am. Memang dari malam tadi berazam nak bangun awal sebab nak lipat kain. Alhamdulillah, terlaksana dengan izin Allah. Lipat kain sambil tengok movie "The Vow". Hubby pun teman sekali okay. Tapi asalnya hubby nak tengok bola. Well, siapa yang pegang remote dulu dialah menang kan. Tapi tak sempat pun tengok habis sebab 5.50am dah nak kena mandi. Insyaallah malam ni sambung.

Sayf still tidur. Beshnya.. Okaylah, kejao lagi nak pi kerja. Semoga urusan berjalan lancor. Amin3..








No comments:

Post a Comment