06 March 2014

Hakikat yang perlu ditelan..

Assalamualaikum wbt,

Menjadi isteri & ibu yang bekerja pada zaman sekarang memang betul-betul mencabar. Well, itulah hakikat yang perlu ditelan.

Bagi aku, mmg imposibble untuk aku sampai rumah sebelum 7.30pm. Walaupun waktu bekerja 9am - 6pm tapi tak pernah balik on time. Mesti terlajak. Thats why aku malas nak pergi ofis awal. Selalu sampai ofis dalam 9.15-9.30am. Sebab dah tahu takkan dapat balik on time punya. 

Sektor pekerjaan aku dalam bidang telekomunikasi yang beroperasi 24/7 mencenderungkan setiap orang untuk bekerja lebih. Dah tentu dapat elaun, tapi kualiti masa tu terhad. Ntah sampai bila aku mampu bertahan...

Even waktu bekerja 8jam pun aku masih rasa terkejar-kejar. Seolah-olah masa sentiasa tak cukup. Atau kemungkinan aku masih belum jumpa cara-cara untuk "work smart". Ntah, tak tahu nak korek macam mana. Salah management atau salah aku sendiri.. Haha!

Memang jeles dengan kawan-kawan yang kerja dalam sektor kerajaan. Katanya balik 4.30pm. Paling lewat sampai rumah 5pm. Alahai... Heavennya!

Husband pun even kerja dalam bidang yang sama, still dapat balik awal. Maybe environment yang membezakan kami. Company swasta Vs GLC. Haha.. 5.30pm dah boleh cabut. Siap boleh bawak Sayf pergi playground lagi.


Pic Sayf yang diwhatsapp oleh hubby kelmarin. Waktu ni aku bersungguh-sungguh menyiapkan report yang perlu dihantar. Waaaaa, sedihnya. Mama pun nak join!

Persoalannya sekarang, gaya hidup macam ni ke harus aku tempuhi sampai pencen nanti? Takkan nak berhenti kot. Mustahil. Bukan berniat untuk merungut, tapi memikirkan masa depan. Masa depan keluarga tercinta. Kualiti masa bersama suami dan anak-anak. 

Sampai bila nak macam ni?????

Tiada jawapan.........

Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Hanya Allah yang merencanakan hidup aku..

Dia Maha segala-galanya!

Aku cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri, ibu dan wanita yang terhebat. Insyaallah!

Daaaaa~

1 comment:

  1. boleh jer kalo nak berhenti. tapi biasa la perempuan..terlalu banyak permintaan. kalo tak kerja dok rumah di cop bodoh.belajar tinggi tinggi duduk rumah je? jadi wanita terhebat bukan diukur dari segi kerjayanya..hidup ini pilihan. dah cik blogger pilih bekerja..kita bekerja kerana Allah..sharing is caring

    ReplyDelete