02 April 2014

Jalan-jalan Langkawi 2014

Assalamualaikum wbt..

Bulan ni turn jalan-jalan dengan keluarga mertua. Happy sebab Sayf happy tapi aku still teringat mak, abah & adik-adik kat rumah. Alangkah beshnya kalau dorang ikut sama..

Cuaca di Langkawi teramat-amatlah panas. Sepanjang 4hari 3malam di sana, hujan tak turun langsung! Aktiviti agak pack. Tak sempat nak berehat. Last day kat sana, hubby demam + batuk. Aku pulak kena tempias bila dah balik KL. Tuhlah, jalan sakan sangat..

Tengok tu, bukan main happy Sayf!

Pada aku, makanan kat Langkawi biasa-biasa aja. Taklah sesedap mana kalau nak dibandingkan dengan makanan kat Terengganu. Well, maybe tekak aku more to belah-belah Pantai Timur.. Yang famous adalah laksa, pasembur, char kuey tiaw & cendol. Inilah menu aku setiap petang kat sana. Makan kat stall tepi jalan (bersebelahan airport). Setiap kedai lain-lain rasanya. Tapi pada aku, semuanya biasa-biasa je. 

Yang seronok, hanya SHOPPING! Itulah yang aku rasa heaven. Walaupun shopping coklat & pinggan mangkuk tak berapa kena dengan jiwa aku, tapi itulah heavennya kat Langkawi. Bukan beli untuk diri sendiri sangat pun. Beli mangkuk Vision, set hi-tea & periuk ajaib untuk mak dan ada sikit coklat yang ofismate kirim. 

Family mertua.. Tengah queue nak naik cable car..

Sayf dalam cable car. Bukan main happy.. Mama je yang seram sejuk.. Haha

Beach boy..

Memang susah nak bergambar bertiga.. Ni je koleksi yang ada..

Terpaksa dukung.. Sayf geli nak jalan atas pasir.. Heyy budak key ell ni.. Apa daaaaaa!

Walauapapun, pasni kena simpan duit for next trip. Pi mana? Tak tahu lagi. Tak plan apa-apa lagi.. Yang penting, kena berjimat cermat pasni. Hehe..

Okaylah, back to real life..

Nak start buat kerja..

Daaaaaaaa~

No comments:

Post a Comment