09 April 2014

Masalah sembelit dan cara menyelesaikannya

Assalamualaikum wbt..,

Wahhh tajuk entry kali ni ala2 sepetang bersama Doktor Shiela pulak ya. Kononnnn.. Tuhlah, kalau dulu rajin lebih sikit mesti sekarang dah jadi doktor. Haha..

Well, aku ni dari dulu ada masalah sembelit. Dari zaman sekolah.. Tapi aku mmg seorang yang kerap minum air. Tak sah kalau air masak tak ada atas meja ofis. Kalau dicongak secara kasar, ada gak dalam 2liter aku minum air sehari. Tapi tetap gak sembelit. 

Yes, aku jarang makan buah. Lebih2 lagi buah yang masam macam oren & apple hijau. Biasanya kalau beli buah pun aku akan beli pear atau lai. Anggur pun kadang2 sebab takut masam. Aku mmg sensitif betul dengan makanan yang masam2 ni. Mmg tak suka..

Kalau agak2 dah lebih sehari tak buang, aku akan cari betik. Ada masa berjaya, ada masa tak. Kalau tak pun, cari nescafe. Tapi aku elakkan minum nescafe sejak kahwin. Pernah tukang urut cakap nescafe tak elok. Boleh menyebabakan "peranakan kering". Aku tak sure sejauh mana kebenarannya tapi better elakkan minuman yang high caffeine ni betul tak? Pada aku nescafe ni agak kuat, sampai boleh buat sakit kepala...

Sekarang aku dah jumpa solution untuk masalah sembelit yang aku hadapi selama ni. Dah lama aku cuba, so far okay dan serasi. Memang LEGAAAAA!

Prune Juice Sunsweet!


Boleh didapati di Guardian. Harga dalam lingkungan Rm12.90. Kalau diskaun pun dalam Rm11 +. Aku tak pasti ada jual kat Carrefour/Giant/Tesco. Better terus ke Guardian. Confirm ada..

Biasa aku akan minum waktu pagi sebelum breakfast. Minum sikit je, 1/5 daripada cawan. Jangan lupa simpan kat fridge, kalau tak rasanya macam masam/basi. Bagi aku, sebotol ni tahan dalam 2weeks.

Alhamdulillah, selesai satu masalah. Sembelit ni jangan main2. Tension tau fikir bila lama tak membuang, haha. So selamat mencuba ya!

Okaylah, sekian..

Daaaaaaaa~

No comments:

Post a Comment