11 August 2014

Next vacation please!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, harini kerja ofis settle awal. So sempatlah nak godeh-godeh apa yang tak sempat digodeh. Tapi mulalah fikiran ni jauh melayang teringat zaman-zaman silam. Sambil mendengar lagu-lagu Hujan Band. Adoooi anak nak masuk no-2 pun layan lagu indie lagi, haha..

Dalam fikiran ni asyik fikir nak travel je. Tak sedar lagi yang Sayf dah semakin lasak.. Sayf ohhh Sayf.. Nasib awak comel!

Hubby nak pergi Hong Kong this month. Rasa macam nak ikut sebab memang rasa nak travel sangat-sangat. Tapi bila fikirkan balik tak ada apa yang menarik selain Dianeyland pastu fikir siapa nak melayan karenah Sayf selama 4jam dalam flight nanti. Maksudnya aku plan nak gerak kemudian, dan hubby tunggu kat sana aja.. Hmmm macam 50-50 je keputusannya.

Pic ni waktu aku preggy Sayf 4months kat Christchurch, New Zealand

Tak apalah, kalau bukan rezeki kali ni maybe next timelah. Jangan nak berangan sangat, cuti pun tinggal 4hari je ni, hahahaha!

Sayf, please jangan lasak sangat. Bertambah-tambah pening mama ni tau 💆💆💆.. Kesiankanlah mama awak ni.. Semoga Sayf membesar jadi anak yang taat, soleh dan sentiasa beriman kepada Allah ya..

Okaylah nak Asar dah..

Daaaaa~

No comments:

Post a Comment