04 August 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur pada tahun ini sekali lagi berpeluang menyambut bulan Ramadhan & Syawal bersama-sama keluarga tercinta.. Walaupun puasa kali ni benar-benar menguji keimananku, tapi aku agak bangga jugaklah sebab hanya ponteng 2hari je. Tu pun sebab terlajak sahur.. Kuikuikui!

Raya kali ni memang sakan. Kiranya all out habislah. Dapat balik kampung belah mak (Pekan, Pahang), belah abah (Padang Rengas, Perak) dan belah mertua (Beranang, Selangor). Memang betul-betul gunakan cuti yang ada. Tapi harini first day kerja, kesannya tahap kemalasan memang maksima. Haha!

1st day of Syawal.. Bersama fam in law di Jalan Enam Kaki, Beranang..

Tahun ni bertiga.. Tahun depan insyaallah berempat pula.. Hehe

Selfie di pagi raya adalah suatu kemestian.. Well, it depends on every person.. Kita memang suka bergambar.. Fullstop!

Abaikan selipar kami.. Selipar Sayf je stylo mylo..

Bersama budak yang taknak pakai sampin & songkok..

Walaupun background belakang tu rumah orang lain.. Tetap sakan bergambar..

Di kampung Bukit Kepong, Beranang..

Bersam sister in law.. Background belakang tu memang betul rumah sendiri (belah abah mertua).. Hehe

Rupa je lain tapi acuan yang sama.. Kikiki

Di kampung Mengkasar, Pekan.. Bersama mak tercinta.. Sayang mak!

3rd day of Syawal, beraya belah atok mertua di Negeri Sembilan..

Sempat lagi menyinggah PD..

Ny beach boy.. Suka sangat dengan pantai..

4th day of Syawal, di Padang Rengas, Perak.. 
Sayf & Khalish di Sg. Perak..

Tidur sebantal.. Sweet sangat.. Besar nanti kalau gaduh mama tunjuk pic ni kat korang.. Kikiki

Okaylah tu je pic yang ada setakat ni.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin buat semua!

Daaaaaa~



No comments:

Post a Comment