18 September 2014

Memahami Hati Isteri


MEMAHAMI HATI ISTERI

Ada beberapa perkara lagi yang harus suami ketahui dengan perasaan isteri,bagaimana untuk suami mengetahui saat isteri gembira, dan saat isteri berduka, jika kita dapat memahami akan keadaan ini, maka hubungan antara suami dan isteri akan menjadi lebih baik dan dapat mencapai kebahagiaan yang hakiki, diantara sebab sebab isteri menunjukkan sikap bersedih dan marah dan menyebabkan suami sendiri tidak dapat memujuknya sebaliknya suami bertambah marah dan menambahkan lagi kesedihan seorang isteri yang patut kita ketahui disini antaranya ialah:

1 ) Bila isteri merajuk,dia minta supaya dipujuk, tetapi sebaliknya suami menunjukkan sikap acuh tak acuh seolah benci melihat isterinya merajuk, ini lah yang akan membuat isteri melebih rasa tertekan, hendaknya suami itu dapat membuatkan hati isteri menjadi riang kembali, bukan membuat isteri terus bersedih dan merajuk, caranya
terpulang pada suami sendiri untuk melakonkannya, sesungguhnya ketika itu walaupun emas yang ditawarkan, bukan itu yang isteri mahukan, ia hanya memerlukan sedikit perhatian dan belaian kasih mesra.

2 ) Bila isteri dala keadaan marah, dia minta supaya diberikan perhatian terhadap marahnya, bukan bertujuan untuk membuat suami turut menjadi marah, pada suami hendaklah berdiam diri dan jangan cuba turut campaur jika isteri dalam keadaan marah, kalau suami juga sama naik akan marahnya, maka akan mencetuskan lagi hati yang sudah dalam keadaan marah, sebaiknya suami berdiam diri, biar isteri melepaskan semua kemarahannya. Walaupun ia sedang marah,namun hatinya amat takut dan bimbang kalau apa yang dimarahinya itu akan jadi satu pertengkaran, jadi suami takperlu bimbang akan kemarahan isterinya itu, biarkan ia marah sepuas hati.

3 ) Ini adalah satu sifat wanita atau isteri yang tidak dapat diagak oleh seorang lelaki atau suami,iaitu apabila isteri menangis, adakalanya isteri menangis kerana makan hati atas sikap suami, hendak menegur akan suami takut suami tak dapat menerima, maka dipendamkan perasaannya lalu setiap hati mengalirkan airmata dan banyak
menahan kesediahan, ketika ini suami hendaklah peka dalam mengatasi keadaan ini, suami harus mencari akan jalan yang terbaik untuk mengembalikan keceriaan pada si isteri, jika gagaluntuk suami menanganinya, maka kesedihan isteri akan berlarutan sehingga berhari hari, ada juga sampai berbulan bulan, jadi suami cuba pula
merendah diri dan bertanya pada isterinya kenapa dan apakah yang telah menyebabkan ia bersedih, sekiranya isteri mengatakan sesuatu tentang diri kita, maka hendaklah kita menerima dengan tenang dan berjanji tidak akan melakukannya lagi, dengan cari ini, hati isteri akan merasa puas setelah apa yang ia pendamkan selama ini telah terjawab, jangan pula suami bertegas dan membantah apa yang diminta oleh isteri, kerana setiap apa
yang ia minta bukan untuk dirinya, tetapi dalah untuk menjaga hubungan agar manjadi lebih baik dan terbaik.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment